Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, October 7, 2011

SEBIJIK BAJET NAK PUJUK PENGUNDI SALURAN 1 & 2

Meme Najib sedang membentangkan Bajet 2012 yang boleh disifatkan sebagai Bajet Pilihanraya.

Antara yang diumumkan oleh Najib ialah :(detail esok kita rujuk laporan yang didownload dan melalui akhbar.

1- kenaikan gaji bagi penjawat awam dan juga nikmat yang sama dirasai oleh bilangan pesara.
2- Umur bersara juga dinaikkan dari 58 kepada 60 tahun.
3- Pesara akan dapat kenaikan pencen 2% setiap tahunan.
4. Pesara 60 tahun ke atas dapat kemudahan percuma pengangkutan awam.
5- Seramai 5,000 orang diberi peluang kepada penjawat awam untuk menlanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda dan Sarjana dan 500 untuk PhD. Semuanya ditanggung oleh kerajaan
6- Seramai 4,300 orang bekas pekerja kontrak Kemas dan Jasa yang menamatkan kontraknya dibayar RM3,000 sekaligus.
7- Peruntukan RM220 juta untuk fasiliti PDRM dan RM420 juta untuk prasarana anggota PDRM
8- Program latihan khusus untuk anggota ATM bersara tanpa pencen (menamatkan perkhidmatan kurang dari 21 tahun) dengan belanja RM50 juta.

9- Sumbangan kepada setiap 62,000 orang Home Guard dan semua anggota semua Polis bantuan dan sebagainya dengan jumlah RM3,000.00 secara sekaligus (Seandaikan saya adalah isteri atau Home Guard yang masih hidup itu maka saya akan berterima kasih kepada Mat Sabu yang berjasa membangkitkan hal ini hingga hangat dan terus menghangatkan punggung Najib sehingga baru terhegeh nak beri imbuhan kepada kami(isteri bekas Home Guard) )

No comments: