Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Saturday, October 8, 2011
SAMA-SAMA DOAKAN SEMOGA ALLAH SEJAHTERAKAN USTAZ PAK YAZID
Sebentar tadi teman diberitahu adik teman yang di kulo lumpor bahawasanya Ustaz Pak Yazid atau Pak Yazid pendakwah terkenal telah dimasukkan di Wad ICU Hospital Pusrawi .
Sama-sama kita panjatkan doa kepada Allah s.w.t agar diberi ketabahan dan kesihatan pada beliau .aminnn.
Masih ingat pantun nasihat Pak Yazid :-
Pantun Nasihat Pak Yazid
Kalau berniaga janganlah rugi,
Kalau berkayuh janganlah patah,
Kini kita di atas bumi
Esok kita di kandung tanah.
Kalau tiba saatmu mati
Tidak guna menangis darah
Tinggal harta, anak dan isteri
Tinggal segala emas pertatah.
Rumah tinggal gedungpun tinggal
Tinggal juga usaha yang gigih
Kita menghadap Tuhan yang tunggal
Hanya berguna amal yang soleh.
Jangan suka banyak berdalih
Hidup asyik minum dan makan,
Jika tidak beramal soleh
Rugilah kita sepanjang zaman.
(Sebahagian pantun Ustaz Yazid Jaafar
Pak Yazid) -pendakwah terkenal dari Kg. Baru pada tahun 1980'an dan 1990'an. Alhamdulillah dapat melihat beliau di atas pentas di Dewan Dato' Fadhil Nor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad baru-baru ini. Di doa Allah SWT. memanjangkan umur Pak Yazid dalam keberkatan dan kesihatan yang baik.)
http://mutiara4dekad.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
semoga Allah merahmati ustaz
salam tuan...
lama bebeno teman x dengo pantun semasa pak yazid...tq info,moga segalanya dipermudahkan Allah,amin.
Jasa-jasa Allahyarham Pak Yazid:
1. Mengetuai perbarisan hari merdeka pd 31.8.57
2. Bks ydp persatuan bekas perajurit force 136
3. Masuk pas 1956
4. Pernah menjadi pesuruhjaya pas selangor 1970-an hingga 1974
5. Pernah bertanding dlm pr umum pads 1969 lawan tun razak di pekan
6. Merupakan petugas sepenuh masa di pejabat agung pas semenjak 1964 hibgga 1974
7. Menjadi guru agama dan pendakwah terkenal di lembah kelang semenjak 1960-an hingga 2014
Sumber: Jabatan Arkib PAS
Post a Comment