Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, October 25, 2011

RAHSIA STADIUM NASIONAL DAN HARGA TIKET TAK RASIONAL

Rahsia kenapa Final Piala Malaysia 2011 di Shah Alam TERBONGKAR

Audit beri amaran selenggara segera bumbung Stadum Nasional elak runtuh -

KUALA LUMPUR, 24 Okt 2011 - Bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil, pusat sukan yang menjadi lokasi nadi Sukan Komanwel 1998, telah tamat tempoh jaminan tiga tahun lalu dan memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan segera demi keselamatan dan keselesaan pengguna, kata laporan Ketua Audit Negara 2010.

“Semakan Audit mendapati bumbung stadium tersebut telah tamat tempoh jaminan pada 2008 dan masih digunakan sehingga kini.

“Sebahagian besar bumbung didapati telah terkoyak dan skru kabelnya longgar dan berkarat,” kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam laporannya dikeluarkan hari ini.

Katanya, masalah itu antara lain berpunca daripada kelewatan dan ketiadaan kelulusan mendapatkan peruntukan daripada kerajaan.

Selain Stadium Nasional, Stadium Putra Bukit Jalil juga berhadapan dengan masalah mendapatkan peruntukan.’

Tanpa merujuk kepada mana-mana kes sebelum ini, Ambrin berkata tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan insiden bumbung stadium runtuh.

Terengganu menyaksikan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh dua tahun lalu.

Stadium Nasional Bukit Jalil ialah pusat sukan dan bangunan sukan paling terkenal di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil. Ia mempunyai tempat duduk berbumbung untuk 100,000 penonton.

Maklumat sebelum ini menunjukkan ia mampu menganjurkan pelbagai acara dan juga sebagai tempat acara olahraga dan telah direka bentuk mengikut piawaian Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik dan mempunyai kemudahan padang dan trek.

Ambrin berkata pihak Audit berpendapat berlaku kelewatan melaksanakan kerja-kerja penukaran bumbung di Stadium Nasional Bukit Jalil yang telah tamat tempoh jaminan kerana peruntukan yang dimohon semenjak 2006 tidak diluluskan.

“Ini boleh menjejaskan keselesaan pengguna kerana terdesah kepada hujan serta membahayakan pengguna sekiranya berlaku bumbung runtuh terutamanya bagi penganjuran acara dan kejohanan peringkat antarabangsa.

“Selian itu, PSM perlu membuat perancangan rapi untuk kerja penukaran bumbung tersebut supaya kerja dapat dilaksanakan dengan teratur dan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Ini bagi memastikan hasil penyewaan stadium tidak terjejas sekiranya berlaku kelewatan penukaran bumbung,” kata beliau.

Laporan itu menyebut Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah mengambil tindakan memohon peruntukan bagi mengatasi masalah itu dengan membuat enam permohonan dan telah dipanjangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan mulai 2006 hingga 2010
PSM telah membuat dua permohonan tahun lalu, RM40 juta pada 8 Februari dan
RM35 juta 20 September di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan.

“Bagaimanapun kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM30 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan pada bulan Disember 2010.

“PSM melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyerahkan pelaksanaan kerja penukaran bumbung stadium kepada Jabatan Kerja Rayat pada April 2011 kerana PSM tidak mempunyai kepakaran teknikal,” katanya lagi.

Ambrin berkata kelewatan bukan disebabkan pihak PSM kerana perbadanan telah memulakan tindakan awal mulai 2006 bagi mengatasi masalah yang timbul.

“Kelewatan juga adalah berpunca daripada pihak lain dan disebabkan kekangan kewangan kerajaan adalah faktor utama kelewatan ini berlaku. PSM selaku pengurus dan pentadbir Kompleks Sukan Negara telah melaksanakan tugas dengan melaporkan masalah yang dihadapi,” katanya lagi.

Malah katanya, semakan lanjut mendapati PSM telah memohon peruntukan bagi menukar bumbung Stadium Putra sebanyak empat kali, antara 2006 dan 2010, tetapi tidak diluluskan.

“Pada Mac 2010, PSM sekali lagi telah memohon peruntukan sejumlah RM6 juta
di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-10. Kerajaan telah meluluskan permohonan sejumlah RM6 juta pada Januari 2011,” katanya.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/audit-beri-amaran-seleng ra-segera-bumbung-stadum-nasional-elak-runtuh/
by cheguBard at


Buat Penyokong Ganu & N9 - Jika hangpa rasa hebat ayuhh kita tunjukkan
kuasa kita sebagai penonton..!!!
Ringgit Malaysia Lima Puluh
Assalamu'alaikum,

Tahniah Terengganu & Tahniah Negeri Sembilan.Kecoh satu Malaysia, itu tiket harga sudah FAM kasi letak RM50 untuk tengok Akhir Perlawanan Malaysia Piala 2011.

Tiada kaitan dengan aku, sebab aku pasukan punya sudah kena terajang keluar oleh Terengganu.

Macam ni lah senang, daripada kecoh dekat Facebook, Twitter, buat poster
tu, design poster nih, sign petition sana, sign petition sini, hari ni dah
Selasa, bila lagi nak hantar petition, pagi nanti kaunter tiket dah
dibuka, tiket dah dijual dengan harga RM50, lambat.

Menyenangkan kerja, kita guna kuasa penyokong, korang semua tau tak yang kita nih ada kuasa??? tak tau kan?? haaa...aku nak kasi tau kat korang yang kita rakyat bolasepak nih semua ada kuasa dan kalau kita semua bergabung dan satukan kuasa kita semua, insyaALLAH akan tewas kuasa wang ringgit itu.

Macam ni;

Esok kaunter tiket dibuka, semua penyokong Negeri Sembilan & Terengganu jangan beli tiket.
Jangan beli tiket, sampai harga tiket diturunkan. Kosongkan stadium.
Pastikan anda semua hadir ke Stadium Shah Alam, tetapi pastikan anda

hadir tanpa membeli sebarang tiket untuk perlawanan Sabtu ini.
Tunjukkan sokongan anda dan rasa cinta anda kepada pasukan bahawa anda

sanggup datang untuk menyokong walau sejauh mana sekalipun tetapi anda

tidak sanggup dirompak dan tidak sanggup kesetiaan dan kecintaan anda

terhadap pasukan anda dipergunakan untuk kepentingan sesetengah pihak.
Tunjukkan yang penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan tidak sanggup

dipergunakan untuk kepetingan pihak tertentu.
Mana-mana fan club atau penyokong yang akan dapat tiket percuma, juga

jangan masuk ke dalam stadium, jangan pentingkan diri sendiri, fikir mengenai penyokong lain yang tak mampu tetapi dikerjakan dan dipijak oleh FAM.

Sanggup??????? Boleh buat???? Memekak, pung-pang kat alam maya nih, korang

ingat FAM ambil peduli, takde punya, jangan harap lah.
Kacau kantung wang mereka, baru mereka kelam kabut. Kalau sampai Khamis

jualan tiket tidak berganjak walau satu keping, cuba korang fikir, tak ke

menggelupur diaorang kat Kelana Jaya tuh...cuba fikir... :-)

Diaorang kacau kita, kita kacau balik!! Apa susah..gunakan kuasa kita.

Sokong tetap sokong tapi jangan sampai kesetiaan dan kecintaan menggila kita terhadap sukan ini dan pasukan kita disalahgunakan oleh orang lain untuk keuntungan mereka. Tak logik dan tak masuk akal, kenapa kos baik pulih stadium harus dipikul tanggungjawab oleh penyokong???? mana sekolah, mana universiti diaorang belajar?? SMKFAM ke? atau UFAM??
Tapi benda nih nak berlaku perlukan semua penyokong dari kedua-dua negeri bersatu dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja. Tapi susah kat Malaysia nih, pasal nanti nak kena jaga hati si polan nih, si polan nih, maklumlah ada orang-orang politik dalam persatuan kan. Yang sakitnya orang-orang biasa yang menggelupur saban minggu cari duit nak beli tiket pegi stadium. Aku cuma risau puak-puak yang dapat tiket subsidi dan tajaan nih nanti, sanggupkah mereka bersama-sama dengan yang lain di luar stadium nanti????

Setidak-tidaknya rakyat bolasepak marhaen silalah bersatu untuk kepentingan kita sendiri rakyat bolasepak. Biarlah golongan bangsawan yang dapat tiket percuma tu mengipas dan terus mengipas. Sekali nih kalau kita biar mereka memijak, maka mereka akan terus memijak. Sokong bukan dengan semangat dan kesetiaan jek, tapi kadangkala perlu disertakan dengan otak dan fikiran juga.

Renung-renungkan lah..Selamat Beramal.
Sekadar tulisan dan pendapat.
http://anakmemberontak.blogspot.com/2011/10/ringgit-malaysia-lima-puluh.html

No comments: