Komen : 2 hari lepas seorang bakal haji meninggal dunia akibat jatuh dari tingkat 9 di Mekah. Semalam Seorang Pegawai Imigresen maut jatuh dari tingkat 12. Al-Fatihah dihadiahkan pada roh mereka.
Pegawai Imigresen maut jatuh dari tingkat 12 kondo
8.40 pagi 14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Seorang pegawai imigresen maut selepas terjatuh dari tingkat 12 kondominium Magnaville di Selayang dekat Kuala Lumpur, semalam.
Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, dikatakan terjatuh dari rumahnya di tingkat 12 dalam insiden kira-kira 5.30 petang itu ketika tiga lelaki datang ke rumah tersebut untuk mencarinya.
Isteri mangsa, Suhaidah Suhardi, 35, berkata suaminya enggan bertemu dengan lelaki berkenaan apabila beliau memaklumkan kedatangan mereka kepadanya.
"Saya bagi tahu suami ada orang datang hendak berjumpa, tapi dia tak mahu jumpa, dia kata abang keluar, panjat tingkap lalu ikut tangga sahaja," katanya.
Suhaidah berkata beliau telah menghalang suaminya daripada keluar melalui tingkap sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di bawah rumah mereka.
"Saya tergamam dan terkejut lihat suami dah jatuh ke bawah," kata surirumah sepenuh masa itu ketika ditemui di tempat kejadian.
Mangsa merupakan Pegawai Penguatkuasa Imigresen di Damansara dan mempunyai dua anak berumur dua dan tujuh tahun serta sedang bercuti tanpa gaji sejak Ramadan lalu.
Jiran Suhaidah membuat laporan polis kira-kira pukul 7 petang semalam dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.
Polis mengklasifikasikan tersebut sebagai mati mengejut.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment