Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, October 14, 2011

INI KERJA TAK PEKDAH !

Dahlah belanja lebih RM500 juta setahun untuk PLKN ,kini nak kumpulkan bekas PLKN pulak. Kos pengangkutan sapa tanggung. Jangan sedap2 guna wang rakyat walau dari bajet PLKN. Bajet PLKN pun dari wang rakyat.
Kalau nak buat juga ... gunalah cara sukarela macam Paktan Rakyat buat atau cara BERSIH buat .Rakyat atau bekas PLKN nak datang denga kederat sendiri. Siapa free datang sapa ada masalah tak perlu pergi.
bayangkan bila banyak kenderaan bas konvoi banyak2 ..bila jadi kemalangan sapa nak bertanggungjawab dan boleh klim insuranke?

Peserta PLKN akan dihimpun semula: Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan bercadang untuk mengadakan perjumpaan semula dengan kira-kira setengah juta bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang telah menyertai program itu sejak ia dilancarkan pada 2004.

Menteri Pertahanan. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata majlis “reunion” yang dicadangkan itu akan dijalankan secara berperingkat yang bertujuan untuk menjalin dan menyemai semula semangat patriotik dan kekitaan yang dibentuk ketika para pelatih menjalani program tersebut."Semangat patriotik dalam membentuk generasi muda berdisiplin dan bersemangat tinggi ketika di dalam kem perlu terus melekat di dalam hati setiap peserta meskipun mereka telah tamat latihan."Maka kita mahu adakan tindakan susulan untuk bertemu semula dengan bekas peserta yang telah mengikuti latihan PLKN sejak dari siri pertama lagi agar semangat kekitaan itu dapat dijalin semula," katanya selepas melancarkan program pemilihan secara berkomputer bagi pelatih PLKN Siri Ke-8 untuk tahun 2011 hari ini.

Dalam pemilihan itu, seramai 140,000 remaja daripada 514,553 yang lahir pada tahun 1993 terpilih untuk menyertai program pada tahun depan.

Mereka terdiri daripada 77,000 peserta lelaki dan 63,000 peserta perempuan.

"Pecahan peserta ialah 60 peratus Bumiputera iaitu sebanyak 84,000 peserta, Cina (28 peratus iaitu 39,000 peserta), India (10 peratus iaitu 14,000 peserta) dan dua peratus (2,800 peserta) bagi lain-lain kaum," katanya.
Ahmad Zahid berkata, PLKN semakin diterima rakyat termasuk di kalangan pihak pembangkang yang kini menerima hakikat bahawa PLKN adalah untuk menjadikan pesertanya sebagai warga yang baik dan bukannya sebagai pusat indoktrinasi politik.

Katanya PLKN telah menunjukkan kesan yang amat positif dalam pembentukan ciri-ciri patriotisme, perpaduan kaum dan integrasi nasional, keperibadian unggul dan integriti serta semangat sukarelawan dalam kalangan remaja.

"Berdasarkan kajian keberkesanan PLKN yang dijalankan pada 1 November hingga 7 Disember tahun lalu ke atas 61,950 orang terdiri dari bekas pelatih, ibu bapa, majikan dan masyarakat umum, mendapati program berjaya memupuk semangat kesetiaan dan kecintaan kepada negara dengan pencapaian 83.86 peratus.

"Hasil kajian juga mendapati bahawa PLKN telah mewujudkan persefahaman yang lebih baik antara remaja yang berlainan agama dan bangsa selain meningkatkan semangat kesukarelaan, cergas, cerdas dan berkeyakinan diri," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata nama pelatih yang terpilih untuk menyertai PLKN Siri 8/2011 akan disiarkan melalui laman web www.khidmatnegara.gov.my pada 15 Julai ini selain akan dihebahkan di semua media elektronik dan cetak.

Katanya, orang ramai juga boleh menyemak melalui sistem pesanan ringkas dengan menaip PLKN SEMAK (nombor kad pengenalan) dan dihantar ke 15888.

"Penempatan kem pelatih untuk Kumpulan Satu Siri 8/2011 akan diumumkan pada bulan November tahun ini dan untuk Kumpulan Dua dan Kumpulan Tiga, akan diumumkan pada tahun hadapan," katanya.

Beliau berkata konsep pemilihan pelatih menggunakan sistem pemilihan rawak berkomputer yang dikenal sebagai “Monte Carlo Logarithm” yang mana konsep tersebut terbukti sebagai pemilihan rawak terbaik dan diguna pakai oleh banyak pihak di negara ini dan luar negara.

PLKN dilancarkan pada 16 Februari 2004 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri, dengan kumpulan sasaran adalah golongan remaja berumur 18 tahun

No comments: