Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, October 28, 2011

INI JUH JAHANAM BUKAN NAM !

Yang besarnya bila 7 Kementerian yang akan dipanggil Audit Negara kerana pelbagai kes belanja lebih dan sebagainya pada tahun 2010 dan kini bila dihalusi mengikut GLC dalam Kementerian didapati 7 orang orang dari GLC RISDA telah tidak memulangkan RM1,600,000 wang komoditi.

7 staf Risda Plantation tak pulang RM1.6 juta, Audit arah kes saman

KUALA LUMPUR, 25 Okt — Risda Plantation Sdn Bhd diarah mengambil tindakan undang-undang ke atas 7 orang kakitangannya — pegawai pembeli — yang tidak memulangkan RM1.16 juta, yang disalurkan untuk tujuan pembelian komoditi, kata laporan Ketua Audit Negara 2010.

Menurut laporan itu, semakan mendapati wang pendahuluan RM1.16 juta itu untuk pembelian komoditi yang diberi kepada 7 kakitangan Risda Plantations antara 2001 dan 2005 tidak dipulangkan.

“Pihak Audit berpendapat Risda Plantation perlu mengambil tindakan sivil terhadap tujuh kakitangan untuk menuntut semula wang pendahuluan tersebut,” kata laporan itu.

Laporan itu menambah kes itu membabitkan enam kakitangan cawangan Kuala Kangsar, yang dikesan pada 201 dan seorang lagi di cawangan Machang yang dikesan pada 2005.

Risda Plantation didaftarkan pada 1 Ogos 1996 dengan Risda memegang ekuiti 70 peratus sementara Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Berhad memegang ekuiti 30 peratus. Ia ditubuhkan untuk meneruskan program tanam semula getah dan sawit pekebun kecil secara komersial di bawah pendekatan pengestetan.

Ia menguruskan ladang seluas 76,000 hektar kebun getah dan sawit.

Menurut penjelasan digariskan dalam laporan itu, peguam telah dilantik untuk mengambil tindakan sivil bagi menuntut semula wang pendahuluan tersebut bagi kes staf cawangan Kuala Kangsar dan bagi kes staf cawangan Machang.

Bagaimanapun katanya, seorang staf dari cawangan Kuala Kangsar telah meninggal dunia dan tiada sebarang perjanjian dibuat yang boleh mendakwa warisnya.

“Kes cawangan Kuala Kangsar telah melebihi had masa iaitu enam tahun, oleh itu walaupun kesemua kes telah difailkan, hanya satu kes diteruskan sebagai percubaan.

“Sekiranya kes ini boleh dimenangi, syarikat akan membawa lima kes yang berikutnya,” kata laporan itu lagi.

Perbicaraan kes tersebut telah dijadualkan untuk didengar di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 22 Ogos lalu, tetapi hakim telah menangguhkannya sehingga 31 Oktober ini.

Laporan itu menambah, bagi kes membabitkan cawangan Machang, staf terbabit telah berhenti kerja dan belum dapat dikesan.

“Peguam yang dilantik sedang berusaha mendapatkan alamat terbarunya. Bagaimanapun surat tuntutan telah dikeluarkan dengan menggunakan alamat lamanya,” kata laporan itu lagi.

Laporan itu menambah, kakitangan Risda yang terlibat sebagai pegawai pembeli telah ditamatkan tempoh pinjaman dan penempatan di anak syarikat Risda Plantations dan diarah bertugas balik agensi induk.

“Seterusnya jawatankuasa tatatertib pusat Risda yang bermesyuarat pada 13 November 2006 telah menjatuhkan hukuman buang kerja ke atas mereka.

“Jawatankuasa Rayuan yang bermesyuarat pada 13 Mac 2007 telah mengubah hukuman tersebut kepada hukuman turun tiga kenaikan gaji selama 36 bulan,” katanya lagi.

No comments: