Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, October 15, 2011

HULU SELANGOR PUN DAH ADA 237 ORANG KOD 71

Komen : Bayangkan bapa borek anak rintik, bapa(PM DS Najib) dikatakan mempunyai banyak undi Pos di Pariemn Pekan belum campur pendatang Kemboja dan lain yang dijadikan penggundi SEGERA untuk menyelamatkan nyawa politiknya.
Semalam teman berkesempatan berjumpa 2 kumpulan Parti PKR dan Parti DAP dalam menyusun gerakkerja bersama menghadapai PRU13 nanti di Parlimen Hulu Selangor dan DUN Batangkali serta DUN Hulu Bernam dan DUN Kuala Kubu Baru.
Dapati pertambahan mendadak pengundi kod 71 yang mana seramai 237 orang dapat dikesan. Bayangkan ada Tempat Mengundi PRU12 yang dulu hanya 700 orang kini terdapat 2000 orang.


KUALA LUMPUR : Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar segera menyiasat dakwaan berhubung kegiatan sindiket memberi kad pengenalan kepada warga asing.
Kata Shamsul, dakwaan itu merupakan isu yang sangat serius melibatkan soal keselamatan negara dan polis tidak harus sekadar memberikan penafian.
“Pemberian kad pengenalan adalah satu pengkhianatan kepada negara yang membabitkan kedaulatam negara. Polis seolah-olah tidak peka dengan dakwaan ini dan hanya memberi kenyataan yang dianggap bodoh sombong,” tegas Shamsul.
Shamsul mengulas kenyataan Ismail omar yang enggan memberi komen berhubung isu tersebut dan hanya menjawab tidak menerima apa-apa laporan lagi.
Pada masa yang saman, Ketua Polis Daerah Sepang, Imran Abdul Rahman turut menafikan dakwaan itu dengan mengatakan ia tidak benar selepas menjalankan siasatan.
“Jangan hanya sekadar dengan penafian dan tidak dikemukan dengan fakta dan laporan. Semua orang boleh menafikan dan rakyat juga tidak bodoh dengan alasan penafian sebegitu,” katanya kepada Keadilandaily.com
Kelmarin, Pemuda Pas mengesan dan mengepung kumpulan disyaki sindiket di sebuah pusat peranginan di kawasan sekitar Putrajaya.
Dalam serbuan itu, Pemuda PAS telah mengepung seramai 240 pendatang asing, termasuk warganegara Indonesia, Bangladesh dan Kemboja yang didakwa diberikan kad pengenalan dan didaftarkan sebagai pemilih.
Pemberian kad pengenalan segera itu dianggap mengesahkan dakwaan Pejabat Perdana Menteri Bangladesh baru-baru ini bahawa kerajaan Malaysia memberi kerakyatan mudah kepada warganegaranya dengan syarat mengundi Umno-BN.
Pemuda Pas dilapor mendakwa kegiatan itu berjalan rancak menjelang akhir September dan akan berterusan hingga Disember tahun ini – dengan andaian pilihan raya umum mungkin diadakan Februari atau Mac tahun depan.

No comments: