Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, October 7, 2011

HANCUR 'U' DI MATA DUNIA ! APA KOMEN MENTERI PELAJARAN ?

Malaysia tiada dalam senarai 400 universiti terbaik dunia

KUALA LUMPUR– Daripada 400 universiti terbaik di dunia, universiti-universiti di Malaysia langsung tidak tersenarai, sebaliknya semakin menjunam taraf.

Senarai itu dikeluarkan oleh Times Higher Education (THE) 400 Top World University Ranking untuk sesi 2011/2012 semalam.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata laporan THE yang terbaru itu menunjukkan tiada satu pun universiti-universiti Malaysia tersenarai.

Bagi membandingkan di antara Malaysia dan negara Asia lain, Kit Siang menyenaraikan universiti-universiti dari Asia yang tersenarai dalam laporan THE itu.

Mengikut urutan ranking, universiti-universiti Asia itu ialah:

30 – University of Tokyo (Jepun)

34 – University of Hong Kong (Hong Kong)

40 – National University of Singapore (Singapura)

49 – Peking University (China)

52 – Kyoto University (Jepun)

53 – Pohang University of Science and Technology (Korea Selatan)

62 – Hong Kong University of Science and Technology (Hong Kong)

71 – Tsinghua University (China)

94 – Korea Advanced Institute of Science and Technology (Korea Selatan)

108 – Tokyo Institute of Technology (Jepun)

119 – Osaka University (Jepun)

120 – Tohoku University (Jepun)

124 – Seoul National University (Korea Selatan)

151 – Chinese University of Hong Kong (Hong Kong)

154 – National Taiwan University (Taiwan)

169 – Nanyang Technological University (Singapura)

192 – University of Science and Technology of China (China)

193 – City University of Hong Kong (Hong Kong)

“Walau pun tiada sebuah pun dari Malaysia yang tersenarai, negara Thailand sekurangnya melalui Universiti Mahidol turut tersenarai walau pun dalam kategori paling belakang iaitu antara 351-400,” kata Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.

Beliau juga membandingkan laporan oleh QS World University Ranking bagi tahun 2011/2012 telah menunjukkan empat institut pengajian tinggi awam Malaysia semakin menjunam berbanding 2010.

Universiti-universiti Malaysia yang jatuh itu ialah:

* Universiti Kebangsaan Malaysia jatuh kepada kedudukan ke 279 (263 pada tahun lepas)

* Universiti Sains Malaysia pada ranking 335 (309 tahun lepas)

* Universiti Putra Malaysia, 358 (319 tahun lepas)

* Universiti Teknologi Malaysia berada di antara tangga 401 dan 450 (365 tahun lepas). –

1 comment:

Anonymous said...

1. Sikap ego pegawai universiti

2. Pegawai universiti berfikiran sempit

3. Pegawai universiti tidak pandai 'benchmarking'. Ada yang membuat lawatan ke Taiwan sedangkan mereka patut belajar dari universiti terbaik di dunia