KUALA LUMPUR: Identiti dan watak sebenar Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes fitnah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dibongkar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, apabila peguam memanggil saksi terbaru mereka.Saksi misteri yang ditampilkan peguam itu adalah bekas rakan sekolej Saiful sendiri, yang pernah bersama belajar di Universiti Tenaga Nasional (Uniten).
Pendedahan saksi berkenaan mengesahkan lagi konspirasi yang dilakukan Umno-BN untuk menghancur dan menjatuhkan reputasi Anwar sebagai Ketua Pembangkang dengan tuduhan fitnah.Mohd Najwan Halimi dipanggil pada jam 11.22 pagi ketika mahkamah bersambung selepas mendengar keterangan Pengarah Jabatan Forensik, Jabatan Kimia, Lim Kong Boon.
Beliau kini merupakan pembantu Anwar selaku Penasihat Ekonomi Selangor.Dalam keterangannya di mahkamah, Najwan memberitahu beliau mengenali Saiful sejak 2003 dan tinggal berdekatan biliknya di Uniten.“Saiful mahasiswa yang aktif dan mempunyai kualiti kepimpinan. Saya dan Saiful terlibat dalam program Baktisiswa.“Dia ada kepimpinan tetapi suka publisiti,” katanya.
Menurut Najwan, program itu dilancarkan bekas menteri dalam negeri Tan Sri Syed Hamid Albar dan Saiful ketika itu timbalan presiden program dan Setiausaha Majlis Pimpinan Pelajar.Najwan berkata, beliau melihat laman sosial Friendster milik Saiful dan melihat banyak gambarnya dengan pemimpin BN, termasuk Syed Hamid Albar, Mustapa Mohamed dan Azalina Said Othman.
“Pada 2008, Saiful meletakkan dirinya sebagai penyokong BN dan menyisytiharkan bahawa Anwar munafik,” katanya di mahkamah.Menurut Najwan, Saiful juga pernah membantu kempen pilihan raya untuk Barisan Nasional (BN) pada 2008. Beliau menafikan Saiful mengagumi ketokohan Anwar, sebaliknya sangat membenci Ketua Umum KEADILAN itu, seperti diakui Saiful sendiri.“Dia benci Anwar,” kata Najwan.
Ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Najwan menjelaskan beliau pernah berkhidmat dengan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, Kementerian Pengangkutan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum itu.
Berikut kronologi perbicaraan pada hari ini:
9.48pagi: Mahkamah bermula dengan hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memulakan prosiding. Pengarah Forensik dari Jabatan Kimia, Lim Kong Boon dipanggil sebagai saksi.
Lim, 57 yang menjadi saksi pada fitnah I berkata, pada 2005, beliau mengetuai unit jenayah jabatan kimia. Menjawab soalan peguam Ram Karpal Singh, Lim berkata sejak 2005, bahagian berkenaan diletak di bawah Legacy programme of the American Society of Crime Laboratory Directors Laboratory Accreditation Board ASCLD.
10.14 pagi: Peguam Ram Karpal Singh bertanya samada Bahagian Forensik Jabatan Kimia mempunyai ekreditasi dalam kelayakan lain. Lim berkata ia diakreditasi dengan program pengurusan. Saksi berkenan kemudian beredar.
Sankara meminta mahkamah berehat sementara menunggu saksi terbaru mereka. Peguam Cara negara II , Yusof Zainal Abiden bertanya apakah relevan saksi berkenaan dipanggil, kerana ia tidak ada dalam senarai pendakwaraya.
11.11 pagi: Mohd Najwan muncul di bilik saksi, memakai pakaian kot hitam dan kemeja putih lengan panjang. Saksi berkenaan diiringi pembantu Sankara Nair.
11.22 pagi: Mohd Najwan dipanggil. Beliau berkata beliau bekerja sebagai pembantu Anwar atas kapasiti Anwar sebagai penasihat Ekonomi Selangor.
11.24 pagi: Mohd Najwan berkata beliau mengenali Saiful sejak 2003, dan tinggal di bilik berhampiran Saiful di Uniten.
“Saiful pelajar aktif dan ada kualiti kepimpinan. Saiful dan saya terlibat dalam program Baktisiswa. “Dia (Saiful) mempunyai kepimpinan, tetapi suka mencari publisiti,” kata Najwan.
11.30 pagi: Najwan berkata beliau melihat laman sosial Friendster Saiful, dan ternampak gambar Saiful dengan ramai pemimpin BN, termasuk Syed Hamid ALbar, Mustapa Mohamed dan Azlina Othman
“Pada 2008, Saiful adalah penyokong BN dan mengumumkan Anwar sebagai munafik,” katanya. Najwan juga berkata beliau pernah ternampak Saiful dalam satu ceramah politik.
11.31 pagi: Najwan berkata, Saiful berkempen untuk Barisan Nasional (BN) pada 2008.
11.33 pagi: Beliau menafikan Saiful mengagumi Anwar.
“Dia (Saiful) membenci Anwar” katanya.
11.34 pagi: Najwan disoal balas oleh Yusof. Beliau berkata beliau pernah bekerja dengan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.
“Sebelum ini saya bekerja dengan menteri pengangkutan dan Uitm,” ujarnya.
11.37 pagi: Yusof berkata ia tidak salah mengambil gambar dengan menteri.
Saksi berkenaan bersetuju.
11.39 pagi: Najwan menafikan apa yang dia katakan mengenai Saiful adalah spekulasi.
11.40 pagi: Najwan berkata beliau melihat keterangan Anwar sebagai munafik (hipokrit) dalam Friendster Saiful.
‘Saya terkejut kenapa dia bekerja dengan Anwar kerana dia membenci Anwar,” ujarnya.
11.45 pagi: Yusof: Berapa kerap kamu berbual tentang politik dengan Saiful?
Najwan: Saiful berkata Anwar tidak boleh dipercayai dan kita perlu menyokong kerajaan BN.
11.47 pagi: Menjawab pertanyaan Sankara, Najwan berkata beliau mengetahui mengenai karektor Saiful berdasarkan pengalaman beliau.
11.48 pagi: Mahkamah bersambung pada khamis.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment