Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, October 25, 2011

7 KEMENTERIAN 'KUAT: DISAHKAN LEMAH !

TEMAN DENGAR MALAM TADI MENERUSI TV BN BAHAWA laporan audit negara melaporkan 7 kementerian lemah tapi yang sebenarnya 9 kementerian yang kuat berbelanja. Yang mengajor bajet ransangan ialah Tun Mahathir dan PM selepasnya pun guna alasan Bajet Ransangan untuk mengeluarkan wang pembendaharaan untuk bellanja lebih dari yang dibajetkan. Dengan sebab itu Menterinya berani belasah wang rakyat kerana mereka tahu laporan audit hanya sebagai laporan. Sepatutnya menteri yang terlibat yang mempunyai kelemahan itu wajar dipanggil mengadap Audit Negara bukan wakil kementerian atau KSU sahaja.

Sebanyak 9 kementerian atau jabatan telah berbelanja sejumlah RM3.73 bilion melebihi peruntukan keseluruhan yang diluluskan, demikian menurut laporan Ketua Audit Negara 2010.

9 kementerian yang terlibat ialah Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, perbelanjaan melebihi peruntukan berkenaan tidak dapat dielakkan berikutan pertabahan aktiviti dan bayaran sumbangan tidak berjadual yang tidak dijangka.

"Parlimen telah meluluskan peruntukan tambahan untuk menampung kekurangan peruntukan tersebut dan Waran Am Peruntukan Tambahan telah dikeluarkan pada 3 Jun 2011," katanya.

Selain itu, semakan audit mendapati pembayaran berjumlah RM427.04 juta di bawah Arahan Perbendaharaan bagi enam kementerian atau jabatan turut menyumbang kepada perbelanjaan melebihi peruntukan.

Berdasarkan laporan itu juga, pembayaran berkenaan adalah disebabkan beberapa faktor seperti bil atau tuntutan lewat diterima, peruntukan tahun di mana perolehan atau perlhidmatan diterima tidak mencukupi dansurat kelulusan daripada Perbendaharaan Malaysia lewat diperolehi.

"Pada pendapat Audit, masalah kelewatan ini perlu diatasi kerana pembayaran ini menggunakan peruntukan tahun semasa dan boleh menjejaskan pelaksanaan aktiviti yang dirancang pada sesuatu tahun,"katanya.

No comments: