Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, September 12, 2011

PM MERANGKAK MENTERI KEWANGAN TIADA KUASA?

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan hanya meminta bukan mengarahkan TELCO pertimbangkan caj 6% tersebut! Naji sebagai PM adalah orang yang paling berkuasa dalam Malaysia hanya minta syarikat telekomunikasi tersebut mempertimbangkan keputusan tersebut? Nampak sangat PM muka penipu dan pelakun lagak lucu.

Selama ini kita memang pengguna prabayar tidak dikenakan caj 6% ini kerana ianya diserap oleh syarikat telekomunikasi. Tetapi tidak mulai 15 September 2011 bila pengguna dikehendaki menanggung kos cukai perkhidmatan. Dan hak mengenakan caj ini ke atas pengguna memang hak mutlak syarikat telekomunikasi.

Dalam Akta Cukai Perkhidmatan 1975, cukai perkhidmatan ialah cukai kepenggunaan dan boleh dicaj kepada pengguna. Syarikat telekomunikasi dikehendaki melevi cukai perkhidmatan ke atas sebarang perkhidmatan telekomunikasi termasuk talian prabayar.

Jadi kesimpulannya mudah. Ada cukai perkhidmatan sebanyak 6% untuk sebarang perkhidmatan termasuklah telekomunikasi. Cukai sebanyak 6% ini boleh dicaj kepada pengguna oleh syarikat yang memberikan perkhidmatan yang kemudiannya akan dibayar pula kepada kerajaan.

Tapi siapa yang baca suratkhabar Utusan Malaysia hari tu akan diberitahu seolah-olah bahawa cukai perkhidmatan 6% ini kerja syarikat telekomunikasi bukan kerajaan. Dan siapa yang tengok Buletin Utama masa tu pastinya maklum bahawa Perdana Menteri 1Malaysia tanpa rasa bersalah berkata bahawa kerajaan tidak pernah meluluskan cukai perkhidmatan 6%.

Namun pada 15 Oktober 2010 kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa:

1. Pendahuluan

YB. Menteri Kewangan melalui pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2010 telah mengumumkan mengenai cadangan:

(i) menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas
semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.

(ii) mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan Penyiaran
Televisyen Berbayar.

Kedua-duanya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.

2. Peruntukan Undang-Undang

2.2 Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar

Jadual Kedua kepada Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975
[P.U.(A)52/1975] telah dipinda dalam Kumpulan G, butiran (b) dalam
ruang “perkhidmatan yang kena dibayar cukai” seperti berikut:

“(b) Penyediaan –

(i) perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telemail, alat keloi, telefon selular, teleks, perkhidmatan lebar jalur atau perkhidmatan nilai ditambah; dan

(ii) perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar”

Pindaan di atas dibuat melalui Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2010 [P.U.(A) 412/2010].

3. Pelaksanaan

3.1 Kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6%

Dengan pindaan kepada Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2009 seperti di perenggan 2.1 di atas, bermakna semua perkhidmatan bercukai sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Kedua, PeraturanPeraturan Cukai Perkhidmatan 1975 adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan pada kadar 6% berkuatkuasa mulai 1.1.2011 kecuali perkhidmatan kad kredit dan kad caj.

No comments: