Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, September 17, 2011

PERSOALAN YANG TIADA JAWAPAN !

Siapa atau Jabatan Agama atau pegawai kerajaan mana yang boleh menentukan sesorang itu bukan ahli politik???
Pada teman tauliah adalah subjektif , selagi penceramah atau pentazkirah itu sesorang yang ada pengenalan dan ada orang yang menjamin kehadiran penceramah itu maka diharuskan.
Tauliah boleh diobjektifkan jika menggunakan kelayakan akademik aatau sijil tetapi tidak menjamin kualiti penyampaiannya terutama memenuhi citarasa orang-ramai yang mendengar dan yang dahagakan ilmu Allah.

Tauliah -Noh Setuju Kerana Noh dan Ahli Politik UMNO Tak Reti Ceramah Agama
>> 17 SEPTEMBER 2011

KLANG: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menyambut baik langkah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak lagi memberi tauliah kepada ahli politik untuk berceramah di surau dan masjid, bagi menjamin perpaduan dan imej agama Islam.

Beliau berkata, jika ahli-ahli politik dibenar memberi ceramah agama, ia mungkin boleh mencetuskan pergaduhan dan perkara yang tidak diingini.

"Masjid dan surau adalah tempat untuk umat Islam bukan untuk ahli atau parti politik tertentu," katanya pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Anggota Dewan Undangan Negeri Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil di Kapar, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah JAIS, Marzuki Hussin semalam bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi surat bertarikh 22 Jun lalu yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani, tidak membenarkan ahli politik memberi ceramah agama di semua masjid dan surau di Selangor.

Marzuki juga berkata, mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah sebelum ini tidak boleh memperbaharuinya sebaik ia tamat dan tidak dibenarkan memberi ceramah agama. - BERNAMA

3 comments:

Anonymous said...

Salam..
Org yg memberi ceramah agama adalah org2 yg diyakini keilmuannya dlm bab agama oleh kariah Masjid utk dijemput menyampaikan kuliah agama..
Logik songsang ajaran mana yg cuba menghalangi ahli Politik yg berkelulusan agama dari menyampaikan pesanan2 atas kesabaran dan pesanan2 atas kebenaran..Majlis agama Islam dh jd perkasas politik BN,sebab dia mahu Ustaz2 yg masuk mengajar dimasjid tidak menyinggung kemungkaran2 yg melibatkan BN..Itu sahaja sebabnya..
Inilah yg jd apabila agama dipegang oleh org2 yg bodoh..
Bodoh disini bukan tidak memiliki ilmu agama ttp bodoh dlm tindakan krn makin mengecilkan peranan dan tanggung jawab agama dari orang2 politik..
Maka akan samalah kita dgn Yahudi dan Nasara apabila hanya menyinggung sebahagian perkara sahaja yg dituntut dlm agama manakala dlm hal2 penguasa,kita tidak dibenarkan utk menyentuhnya..Maka tertutuplah helaian dari sebahagian tuntutan agama dari pengetahuan umat..
Inilah kebodohan diakhir zaman yg Rasulullah s.a.w pernah ingatkan tantang tanda2 hampirnya kiamat..

zul_neem said...

assalamualaikum


Agak-agaknyalah sekiranya ahli-ahli politik Pakatan rakyat seperti PAS menyanyi lagu-lagu dangdut,rap,rock,blues dan seangkatan dengannya demi mendapat sokongan besar dan padu dari Perlis hinggakan ke sabah.Mungkin pula ada usaha-usaha dari golongan jin dan syaitan menghasut dan mendesak pihak-pihak tertentu untuk menghalangnya.Menokok tambah dengan imej yang baru untuk menghalang rakyat bagi mendengar akan kebenaran dari mimbar mesjid, adalah mengundang malapetaka kepada masyarakat Islam terutama yang melibatkan pendidikan dan kebenaran Islam itu sendiri.Apabila kejahilan dan kefasadan mengembang subur biak mewarnai sosial masyarakat Islam disesuatu negeri maka sudah pasti kehancuran besar akan berlaku.Maka saya berpendirian langkah-langkah yang diambil oleh JAIS adalah tidak akedimic dan professional.

Tajul Muluk said...

Langkah tidak membenarkan (dgn tidak memberi tauliah) ahli agama (politikus/non politikus) memberi ceramah agama dimasjid adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah. YDP JAIS atau sesiapa di sebalik larangan itu jawablah nanti di hadapan Rabbul Jalil, di Mahsyar pada Yau Middin. Berkemungkinan juga atas dunia lagi mendapat balasan.