Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, September 28, 2011

MEMANG KAKI ANGGUK WALAU KEPALA KENA KETUK

Mana pertubuhan yang perkasa , mana parti Melayu yg kuat dulu , dah kaku?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata bahawa kerajaan sedang mencari jalan untuk melupuskan sistem kuota dalam membina kapasiti bumiputera kerana pendekatan itu tidak mencapai tujuan ia diperkenalkan.

Sebaliknya, Najib berkata, kuota ekuiti 30 peratus itu hanya menghalang usahawan bumiputera daripada mempertingkatkan kemampuan mereka.

"Kami mahu menghapuskan kuota tetapi kami akan menyokong ia (usahawan bumiputera) berkembang.

"Jika kita adakan kuota, mereka akan hanya berpuas hati dengan kejayaan itu dan tidak akan mendapatkan kepakaran bagi menguruskan perniagaan mereka," katanya.

Menjawab soalan daripada hadirin semasa sesi soal-jawab Forum Megatrends Khazanah 2011 di Kuala Lumpur, Najib berkata penetapan kuota "tidak membawa apa-apa makna".

"(Usahawan bumiputera) akan menjual saham-saham mereka apabila harga tinggi dan hanya akan tinggal peratusan kecil daripada jumlah yang diperuntukkan untuk bumiputera (dalam pegangan mereka)," katanya.

Oleh itu, perdana menteri berkata kerajaan akan menggunakan pendekatan berlainan dalam tindakan afirmatif bagi mengesan bumiputera yang cekap, teruji dan boleh berjaya serta menyokong mereka supaya akan lebih berdaya saing.

"Kami telah mengenal pasti lebih daripada 1,000 syarikat melalui Teraju, dan kita akan melihat bagaimana untuk membantu syarikat-syarikat ini menjadi lebih besar dan lebih maju," katanya, merujuk kepada agensi kerajaan yang ditubuhkan bagi menyelia hal-ehwal ekonomi bumiputera.

Katanya, dengan menyokong "bumiputera bijak", bukan sahaja akan memperkembangkan bakat dalam masyarakat itu tetapi juga mengelakkan bantahan daripada rakan-rakan bukan bumiputera mereka.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata sudah tiba masanya kerajaan beralih daripada budaya "mengenali seseorang” (know who) kepada budaya "tahu melakukannya" (know how) dalam masyarakat.

"Tindakan afirmatif akan berasaskan lebih dan lebih lagi pada meritokrasi.

"Pendekatan baru ini diharapkan dapat membina satu kelas baru usahawan bumiputera yang lebih berdaya tahan dan boleh berjaya dalam jangka masa panjang," katanya.
Najib sebelum ini telah mengumumkan hasrat kerajaan untuk meliberalisasikan ekonomi dari kuota berasaskan kaum melalui Model Ekonomi Baru (MEB), tetapi menerima tindak balas negatif daripada kumpulan-kumpulan berkepentingan kaum.

No comments: