Komen Teman : Waima simati samada Allahyarham Mat Indera atau Allahyarham Polis dan Allahyarhamah isteri polis di bukit kepong pada tahun 1950 kita sedekahkan al-Fatihah dan doakan semoga ditempatkan roh mereka bersama2 orang beriman dan soleh serta solehah.
Manakala dari segi sejarah kalau tak betul kenalah ubah. Waris polis yang terlibat kena terima bahawa ayah atau emak mereka pada masa itu bekerja dengan Penjajah British manakala waris Mat Indera juga kena terima andaian orang-ramai dengan tenang sehingga dapat maklumat yang jelas dan muktamat.
Waris polis dan waris Mat Indera kena sedar JASA ORANG PALING POPULAR MALAYSIA TERKINI IAITU MAT SABU amatlah ketara dan terasa di mana dengan izin Allah kes Mat Sabu telah memanaskan sejarah lama dan membangkitkan tawarikh lama yang mana Pakar Sejarah Malaysia pun tergagap untuk menjawab dan otai UMNO bekas PM juga tersentak sampai memberi komen bahawa buku sejarah Malaysia tidak tepat.
Kerana Mat Sabu, maka tersingkap keterlupaan Kerajaan BN pada jasa polis yang telah mati berpuluh tahun. Sedangkan orang yang jasa sedikit boleh diberi pangkat Datuk dan pingat . Kini terhegeh2lah Pemimpin UMNO baik pemuda dan wanita serta puterinya ingin buat kunjungan terhadapa waris bukit Kepong.
Kerana Mat Sabu juga pihak JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam) bergegas kununya dalam seminggu akan menyelesaikan pencen seorang isteri waris polis bkt Kepong yang dah berumur 80 tahun.Mujur Allah panjangkan umur isteri Allahyarham. Kini 10 orang lagi waris polis bkt Kepong mahu menuntut pencen yang sama. Sedemikian rakyat terutama waris-waris tak nampakkah jasa Mat Sabu yang sungguh besar itu?
KENAPA JASA MAT SABU DIBALAS DENGAN JAMINAN POLIS SEBANYAK RM15,000?
INI BENAR2 KES NAYA , Sepatutnya waris2 terlibat berpakat dan kalau boleh berdemo minta Mat Sabu dilepaskan tanpa syarat.
“Saya begitu terharu dengan penghargaan ini. Walaupun saya sedih sebab ayah sudah tiada, sekurang-kurangnya pejuang sepertinya dikenang dalam bentuk sewajarnya. Saya bangga,” kata Ahmad Jamil (gambar), waris kepada pejuang Bukit Kepong, Allahyarham Sarjan Jamil Mohd Shah.
Menurutnya, ketika peristiwa meragut nyawa insan tersayang itu, dia baru berumur enam tahun 10 bulan dan tidak mengingati kejadian terbabit dan dia hanya dimaklumkan tidak mempunyai bapa sejak lahir.
Katanya, biarpun pelbagai tafsiran diberikan masyarakat berhubung kejadian 61 tahun lalu, dia tetap berbangga kerana menjadi seorang bapa yang sanggup berkorban demi mempertahankan tanah air daripada ancaman komunis.
“Anugerah ini begitu istimewa kepada saya. Apa yang saya tahu, kami empat beradik kehilangan ayah dalam peristiwa berkenaan dan paling pilu, ketika itu ibu saya baru 10 hari melahirkan adik bongsu,” katanya selepas menerima Anugerah Wira Bukit Kepong mewakili keluarganya yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.
Najib yang juga Presiden Umno menyampaikan anugerah berkenaan kepada semua 16 waris anggota keselamatan negara yang terkorban ketika mempertahankan Bukit Kepong daripada ancaman komunis.
Seorang lagi waris, Mohd Mokhtar Mohd Yassin berkata, dia terkilan dengan tindakan pihak pembangkang mempersoalkan usaha pejuang mempertahankan negara dan pada masa sama mengguris perasaan ahli keluarga yang bersedih akibat kehilangan orang tersayang.
“Biarpun ia sudah berpuluh tahun berlalu, namun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas penganugerahan ini. Tetapi saya tidak puas hati dengan cara pembangkang cuba membangkitkan isu ini,” katanya.-hm
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment