Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, September 27, 2011

MAJLIS RAYA PAS DI FELDA SOEHARTO MERIAH, TANDA BN AKAN PARAH


Kombinasi Penggerak PAS Zon Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa ini amat aktif dan sedia menghulur tenaga bagi Gerakkerja PAS Hulu Selangor.


Sdr Sazali Norsaham Ajk PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 adalah merupakan Ahli Majlis Hulu Selangor yang menjaga rakyat khusus di Sg. Buaya termasuk FELDA Sg. Buaya.
Alhamdulillah , sambutan dan sokongan amatlah baik dikalangan penduduk di Sg. Buaya dan juga di FELDA Sg. Buaya.

Sdr Rahmat merangkap Timb Ketua PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 bersama keluarganya hadir meraikan majlis tersebut.


Alhamdulillah syukur pada Allah kerana ramainya penduduk dan peneroka FELDA Soeharto dan sekitar seperti FELDA Sg. Tengi dan lain-lain hadir memeriahkan suasan dan menikmati juadah yang ada.

YDP PAS Kawasan Hulu Selangor sedang memberi kata aluan dan amanat penting walaupun sambil berhari-raya.

Inilah Antara menu yang sangat disukai ramai dan jadi tumpuan utama selain kambing salai. Menu ini adalah sumbangan dari Zon Bukit Beruntung, Zon Serendah dan Zon Sg. Buaya.




Dataran FELDA Soeharto amat tepat dijadikan majlis Mesra Hari Raua Eidulfitri peringkat PAS Kawasan Hulu Selangor.

No comments: