Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, September 9, 2011

KERAJAAN BN BIARKAN PENCEKIK DARAH PENGGUNA ? PRU 13 KITA BERI JAWAPAN

Pengguna perlu bayar lebih

KUALA LUMPUR - Seramai 26.2 juta pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal dikenakan caj bagi cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus berkuat kuasa 15 September ini.

Jumlah tersebut meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.

Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan bersama oleh syarikat tersebut semalam, para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.

Kenyataan akhbar syarikat telekomunikasi mengenai caj baharu pembeli kad prabayar.

Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

“Para pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula tengah hari ini (semalam) mengenai cukai perkhidmatan baharu itu,” kata kenyataan itu. -kosmo

4 comments:

Pak Mat said...

Betoi ka nak bagi Jawapan Dalam PRU 13 nanti... Tak Takut ka dengan Mat Bangla, Mat Indon, Mat Myanmar, Mat Filipin yang bakal merancakkan lagi PRU 13 nanti.Jangan Terkejut kalau Kak Mah masih lagi PM kita selepas PRU 13 nanti... Apapun terus Berdoa,bekerja dan bekerja dengan lebih smart...

Mat Sabut said...

Konfiden kah Pakatan dapat menang PRU 13, kah....kah...kah...kah... talibarut kominis mat sabun meroyan..hoi bahlul tak payah babitkan mat-mat seberang ...dalam PKR sendiri banyak mat seberang ....

PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 said...

Alhamdulillah , syukur kepada Allah semoga dengan terbongkarnya sejarah gelap UMNO akan dapat membuka hati pengundi totok UMNO kembali keopada fitrah sempena bulah eidulfitri ini...insyaAllah

zul_neem said...

Assalamualaikum


Kemenangan yang bakal diperolehi oleh Pakatan rakyat di PRU 13 membawa impak atau kesan yang besar keatas scenario politik dan sejarah negara.Juga fahaman kurafat jadi-jadian bagi segolongan kumpulan iaitu UMNO akan memerintah sampai dunia kiamat akan terlerai dan punah.Kekalahan yang bakal diperolehi oleh Pakatan Rakyat di PRU 13 juga membawa impak dan kesan yang besar keatas scenario politik dan sejarah negara ia itu kepada rakyat yang leka lagi terpaksa menelan apa-apa suapan yang diberi oleh kerajaan yang mengambil baton larian dari penjajah Inggeris yang berjasa lagi dicintai oleh UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION (UMNO).