Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, August 11, 2011

YA ALLAH ! APA DAH JADI PENERBANGAN MAS

Komen : Dari zaman Tun Mahathir MAS diuruskan oleh anak emas Tun pun telah dipelingkup oleh Jutawan ciptaan Tun di mana Jutawan Tajudin Ramli masa itu rupanya rahsia sebenar kerugian akhirnya terbongkar selepas itu. Kemudian diambila alih Idris Jala semasa Pak Lah kununnya untung kembali selepas menjual beberapa aset MAS dan membuang pekerja. Pas tu dengan masalah Pengerusinya yang boros dan penasihat yang dilantik dari luar dan banyak lagi maslah timbul. Kini di zaman DS Najib pula MAS tup-tup menjual 20% sahamnya kepada Air-Asia walau Air-Asia baru setahun jagung dibandingkan dengan gergasi penerbangan Malaysia iaitu MAS.

MAS-AiraAsia: Adakah ini jalan terbaik?

Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa bimbang terhadap usaha kerajaan menjual saham MAS kepada Air Asia sebanyak 20 peratus. Penjualan ini berkemungkinan akan menyebabkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akhirnya akan hilang ditelan syarikat konglomerat gergasi seperti Air Asia.

DPPM mempersoalkan apakah relevannya kerajaan menjual saham MAS kepada Air Asia sedangkan perlu ada usaha lain bagi menyelamatkan masa depan syarikat penerbangan milik kerajaan Malaysia itu.

MAS sepatutnya mengkaji dan memperbaiki prestasi akibat kerugian yang dihadapinya sebanyak RM 243.3 juta pada suku pertama tahun ini berbanding keuntungan sebanyak RM 310.60 juta untuk tahun 2010.

Dengan penjualan saham MAS kepada Air Asia akan mewujudkan monopoli dalam sistem penerbangan negara di samping merugikan rakyat. Sifat persaingan antara syarikat penerbangan ini mungkin tidak akan wujud lagi kerana masing-masing perlu menjaga kepentingan sesama mereka.

Selain itu, apa yang sangat dibimbangkan daripada wujudnya monopoli dalam penerbangan ini adalah akan menyebabkan harga tiket melambung tinggi mengikut selera pemilik syarikat berkenaan.

Dalam hal ini, syarikat ini menjadi penentu terhadap harga tiket dan penerbangan, bukan lagi mengikut permintaan pasaran semasa. Jika jadi demikian, siapakah yang akan rugi jika tidak rakyat biasa?

DPPM merasa dengan penjualan saham ini akan menyebabkan sebuah lagi syarikat GLC milik kerajaan bakal lingkup selepas beberapa GLC 'gulung tikar' sebelum ini seperti yang berlaku kepada Dawama. Akhirnya akan tinggal hanya Petronas sahaja yang memainkan peranan bagi menyelamatkan ekonomi negara daripada musnah.

Kerajaan sepatutnya memainkan peranan penting dalam memastikan syarikat GLC terus bernafas dan bersaing dalam pasaran semasa. Kegagalan GLC dalam menempatkan diri dalam pentas perniagaan menunjukkan kegagalan kerajaan mengatur ekonomi negara.

Apakah akan jadi kepada ekonomi negara jika GLC semakin banyak yang lingkup dan tidak mampu meneruskan lagi perniagaan mereka. Yang rakyat bimbangi akan menyebabkan peningkatan kadar inflasi, jurang kemiskinan yang semakin melebar serta mengakibatkan persengketaan berpanjangan akibat permainan monopoli oleh syarikat-syarikat bertaraf gergasi.

Persoalannya sekarang, mengapa GLC yang bernaung dibawah kerajaan Umno/BN kebanyakkannya menjadi tidak berdaya saing seperti mana syarikat-syarikat swasta yang dilihat lebih terkehadapan? Apakah GLC ini menjadi 'lubuk' kepada pimpinan Umno/BN mengaut keuntungan demi untuk kepentingan peribadi dan bukannya untuk GLC itu sendiri.

DPPM mengingatkan kepada rakyat sekiranya mahu melihat GLC yang selebihnya tidak menuju kehancuran, kerajaan yang sedia ada harus ditukar kepada kerajaan yang lebih telus dan beritegriti demi memastikan kestabilan ekonomi negara terus dipacu kehadapan bukannya 'dibelasah' oleh mereka-mereka yang berkepentingan.

Dengan berkembangnya GLC sehingga ke tahap global juga boleh memastikan sosio ekonomi juga turut berkembang.

Ini juga akan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada rakyat Malaysia. Negara sekarang sedang berdepan dengan kadar pengangguran yang agak membimbangkan.

Ini berdasarkan jawapan di Parlimen dan kenyataan akhbar oleh Menteri Sumber Manusia Datuk S Subramaniam pada Jun 2010 dan statistik Jabatan Perangkaan Jun lalu, menyatakan kadar pengangguran adalah pada tahap 3.7 peratus atau sekitar 426 600 orang yang menganggur.
Mohd Firdaus Jaafar
Penulis adalah Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar, Dewan Pemuda PAS

No comments: