Komen : Kita tak terkejut bila 16 September DSAI Tak menjadi , yang muka tak malu ialah DS Najib dan kuncunya bila mengutuk DS Anwar kerana 16 September tak berlaku. Kenapalah bangang sesiapa yang percaya alasan mereka(UMNO)? Memanglah tak jadi kalau UMNO/BN mencari jalan halang 16 September itu, takkan nak tengokjer!
Kini ada bukti yang dari luar negara tentang kenapa 16 September tak berlaku. Padan muka YB Zahrain dan YB Zulkifli Nordin dan sekapal dengan mereka.
4 OGOS 2011
Sept16 Gagal kerana ISA – Nur Jazlan (melalui Laporan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur)
Blogger2 UMNO sering mempermain-mainkan “kegagalan” Projek September 16 tajaan Pakatan Rakyat. Mereka memfitnah kononnya Anwar Ibrahim menipu dan tiada bukti adanya wakil-wakil rakyat UMNO/BN yang akan melompat.
Tetapi mengikut pendedahan terbaru WIKILEAKS, laporan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur menyatakan sebab utama kegagalan September 16 adalah kerana pengunaan ISA ke atas Teresa Kok, Raja Petra dan seorang wartawan Cina.
Pihak Kedutaan telah merujuk kepada kenyataan seorang ahli Parlimen UMNO, Dato’ Nur Jazlan Mohamed, Ahli Parlimen Pulai merangkap Pengerusi UDA.
Dato’ Nur Jazlan mengatakan penangkapan ISA tersebut sangat berkesan menakutkan Ahli2 Parlimen dari mengikut Anwar (yakni melompat dan menjayakan September 16)
Teks laporan Kedutaan Amerika itu adalah seperti berikut:
6. (C) The two PKR officials acknowledged that the government's September arrests of three persons -- a journalist, an Opposition MP and blogger Raja Petra -- under the Internal Security Act (ISA) had sent an effective warning to those MPs considering switching support to Anwar. (let's mention Petra's release today)
(Comment: In early October, UMNO MP Nur Jazlan told Polcouns that the ISA arrests had been "very successful" in achieving UMNO's objective of intimidating MPs who had considered joining with Anwar. End Comment.)
TERJEMAHAN: (2) Kedua-dua penguasa PKR mengakui penahanan ISA pada bulan September itu keatas 3 orang- seorang wartawan, Teresa Kok serta Raja Petra- telah menghantar amaran yang berkesan kepada semua Ahli Parlimen yang bercadang untuk menyokong Anwar
(KOMEN: Pada awal Oktober, Ahli Parlimen UMNO, Nur Jazlan, memberitahu Polcouns bahawa penahanan ISA tersebut adalah sangat berjaya di dalam menakutkan Ahli2 Parlimen yang telah bercadang untuk mengikut Anwar)
Ingat kembali, Teresa Kok telah ditangkap kerana kononnya beliau melarang azan di sebuah surau di Puchong dan sebuah masjid di Kota Damansara. Semua tuduhan ini terbukti palsu dan pembohongan semata-mata.
UMNO cuma mahu mencari alasan untuk menggunakan ISA bagi mengagalkan perancangan September 16 Anwar Ibrahim. Mereka sendiri tahu tuduhan2 itu palsu dan tidak berasas. Namun, penangkapan di bawah ISA ke atas 3 orang itu tidak lain bertujuan menakutkan Ahli2 Parlimen dari melompat.
Ahli2 Parlimen yang dimaksudkan ini telahpun menandatangani “Kenyataan Bersumpah” mahu mengikut Anwar Ibrahim tetapi telah menarik diri akibat takut ditangkap ISA.
Dalam PAS pula, Hasan Ali adalah agen kepada menyebarkan cerita kononnya Teresa Kok melarang azan. Cerita tersebut telah disebarkan kepada keseluruhan AJK PAS Pusat dalam salah satu mesyuarat AJK PAS Pusat.
Sedar atau tidak Hasan Ali serta “GENG PERPADUANG” dicampur dengan “GENG TERENGGANU” memainkan peranan besar di dalam menggagalkan September 16 tersebut. Mereka semua menjadi AGEN UMNO dan berjaya mensabotaj perancangan Anwar Ibrahim dan September 16 tersebut.
Maka, janganlah puak2 UMNO memainkan isu kononnya Anwar berbohong ataupun Anwar menjual janji palsu. Yang sebenarnya UMNO telah bermain kotor dengan menggunakan ISA mengagalkan perancangan September 16.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment