BANGUNAN pejabat di London yang kini dibeli KWSP.
Pelaburan di luar negara strategi pelbagaikan portfolio.
Kalau benar bagai dikata, KWSP kena buktikan supaya boleh beri dividen lebih 7% kepada pencarum seperti masa ekonomi biasa semasa dan sebelum Tun M.
Khairat Kematian pencarum wajar dikembalikan kepada jumlah asal RM30,000 bukan RM3,000 sahaja. Jangan jadi rugi sebagaimana pelaburan Sime Darby dan skandal Tabung Haji membeli bangunan lebih mahal dari harga pasaran.
KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pembelian sulung hartanah luar negara apabila memuktamadkan pembelian bangunan pejabat di kawasan premium London, bernilai lebih 150 juta pound (RM750 juta).
Sumber berkata, urus niaga yang dibuat pada bulan lalu itu membabitkan pembelian bangunan 1 Sheldon Square di Paddington, Westminster, kawasan tengah London.Katanya, meskipun bangunan pejabat itu bukan berstatus hak milik kekal, KWSP, bagaimanapun berjaya memperoleh tempoh pajakan paling lama, justeru mampu meraih pulangan lumayan.
Pelaburan di luar negara itu antara strategi utama KWSP dalam mempelbagaikan portfolio pelaburannya bagi mengoptimumkan pulangan dan menambah baik profil risiko pelaburannya.
London dipilih KWSP sebagai destinasi pelaburan pertama disebabkan pasaran hartanahnya yang stabil selain asetnya yang mudah dijual bagi mendapatkan tunai, katanya pada Berita Harian ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam.
Sumber menjelaskan, pembelian menerusi tender terbuka itu dilaksanakan menerusi ING Real Estate Investment and Management dan RREEF, bahagian pengurusan hartanah Deutsche Bank yang dilantik sebagai perunding dan penasihat bagi urus niaga berkenaan.
1 Sheldon Square, sebelum ini dimiliki oleh Aviva Investors, Invista Real Estate Investment Management, Henderseon Global Investors dan Liquid Realty Partners.
Bangunan berkeluasan 193,000 kaki persegi itu, kini menempatkan ibu pejabat firma gergasi kredit kad, Visa dan ia dijangka akan memberikan pulangan kepada KWSP sehingga enam peratus.
Katanya, agensi pengurusan dana pencen terbesar Malaysia itu juga kini sedang menimbang untuk melaksanakan satu lagi urus niaga hartanah membabitkan pembelian bangunan pejabat di Portman, utara Oxford Street.
Pembelian yang dijangka membabitkan nilai 181 juta pound (RM905 juta) itu akan menyaksikan KWSP bakal memiliki bangunan yang dikenali sebagai 40 Portman Square yang berstatus pegangan bebas.
Setakat ini Kementerian Kewangan memberi kelulusan kepada pengurus dana pencen itu untuk melabur kira-kira AS$10 bilion (RM32.25 bilion) di luar negara, iaitu daripada jumlah itu kira-kira AS$6 bilion (RM19.35 bilion) sudah dilaburkan.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment