Jalan 2 hala ini akan memberi kemudahan kepada pengguna jalanraya dari Rasa dan istimewa penduduk Taman Widuri dan Taman Kesumba.
Kelihatan Surau Widuri yang telah lama diluluskan untuk solat Jumaat akan bertambah ramai jemaah bila kemudahan jalan raya 2 hala siap digunakan.
Pertumbuhan ekonomi bukan sahaja bertumpu kepada Bukit Sentosa 2 (Anggerik 1,2,3,4 dan 5) malah melibatkan Bukit Sentosa 4, Taman Bukit Sentosa 3 (Telipot, Bakawali dan Kemboja)dan Bukit Beruntung 3 (Kesumba dan Widuri).
Cuma lebih hebat dan cepat pembangunan penduduk dan ekonomi jika ada perkhidmatan Bas dari Rasa melalui Bukit Beruntung 3, Bukit Sentosa 2, 3 , 4 dan 5.
Jalan sudah di tar bagi hala kedua dari simpang masuk ke Pondok Assalam Imam Halim melalui Taman Kesumba dan Widuri ke Taman Kemboja lot kedai.
Jalan telah ditar dengan baik di antara Lot Kedai Seroja dan Taman Perumahan Seroja bertentangan Taman Anggerik 3.
No comments:
Post a Comment