Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, August 24, 2011

DAFTAR IFTAR MANGSA DI TAMAN TASIK TITIWANGSA

Shuhardi Mat Isa atau lebih dikenali sebagai pelakon ‘Baharudin’ kerana disalah sangka sebagai arwah Baharudin yang meninggal dalam himpunan aman Bersih lalu menganjurkan majlis berbuka khusus untuk mangsa-mangsa Bersih 25 Ogos ini.
Mereka yang berminat untuk menghadiri majlis itu boleh menghubungi Suhaimi (0193831987) dan juga Norfadilah (0174750510).

Shuhardi yang merupakan seorang aktivis masyarakat adalah Setiausaha Agung Persatuan Usahawan, Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (UrusKop) dan bertindak sebagai Pengerusi Penganjur Majlis anjuran UrusKop itu.

Majlis itu akan berlangsung di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa. Ia bermula pada jam 5 petang dengan pendaftaran hadirin diikuti bacaan Yasin dan tahlil pada jam 6 petang.

Pada majlis yang sama, sumbangan akan turut disampaikan kepada mangsa-mangsa keganasan polis sewaktu himpunan Bersih dan ia akan berlangsung pada jam 6.30 petang.

Orang ramai dijemput hadir ke majlis itu dengan membeli kupon sumbangan bernilai RM50.

No comments: