Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, August 26, 2011
ASTAGFIRULLAH ! APA NAK TENTERA MALAYSIA JADI PEROMPAK ! SORANG MATI !
5 orang Tentera Malaysia Jadi Perompak ? Astagfirullah ! Kenapa jadi begini ? Kenapa Panglima ATM Membisu? Kalau pasal pangkah undi sanggup sibuk menyampuk kunun mewakili Menteri Pertahanan.
Minggu ini kita dikejutkan dengan berita seorang askar berpangkat staf sarjan telah ditembak mati oleh spesukan anggota polis dalam satu kes cubaan rompakan di sebuah kafe siber berhampiran ibu negara. Manakala rakannya juga seorang tentera yang cedera telah ditahan. Seterusnya polis telah menahan tiga orang lagi saspek berkaitan kes tersebut yang juga merupakan anggota tentera.
Apa sudah jadi dengan Angkatan Tentera Malaysia? Panglima ATM harus membuat kenyataan mengenai isu ini.
Jangan anggap kes ini terpencil hanya 0.003 peratus yang terlibat jika diambil kira jumlah anggota tetap, simpanan dan para 170,000 orang semuanya.
Jika SPR dengan kesilapan 0.0001 peratus dalam senarai daftar pemilih hendak ditubuh Suruhanjaya Penambahbaikan, takkan ATM dengan 0.003 peratus hendak disenyapkan.
Kenapa seorang anggota tentera berpangkat staf sarjan sanggup melakukan rompakan bersenjata? Adakah pistol otomatik jenis Glock yang digunakan tentera tersebut milik ATM? Jika milik ATM bagaimana ianya boleh dibawa keluar bukan waktu bertugas, bukan waktu darurat, bukan waktu operasi, oleh seorang staf sarjan bukan seorang pegawai tentera? -amkns
Berita sebelum ini
Polis gagalkan samun kafe siber
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Dua lelaki yang cuba menyamun sebuah kafe siber di Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini menerima padah apabila terserempak dengan beberapa anggota polis sedang menjalankan operasi di premis berkenaan awal pagi ini.
Akibatnya, dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, seorang daripada suspek mati setelah berbalas tembakan dengan polis, manakala rakannya yang cedera dipercayai anggota keselamatan ditangkap.
Kedua-dua suspek dikatakan cuba memasuki premis itu dengan mengetuk pintu belakang sebelum dibuka oleh pemilik kafe siber berkenaan.
Mereka yang masing-masing bersenjatakan sepucuk pistol dan kerambit kemudian memaksa pemilik premis berkenaan menyerahkan wang kutipan jualan.
Malangnya, kedua-dua suspek tidak menyedari ketika itu terdapat beberapa anggota polis sedang menjalankan operasi di dalam premis tersebut.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, ketika itu, suspek mencabar polis supaya tidak mengganggu 'urusan' mereka.
"Berlaku cabar-mencabar di antara kedua-dua suspek dan anggota polis berkenaan menyebabkan beberapa das tembakan terpaksa dilepaskan.
"Salah seorang suspek berusia lingkungan 20-an terkena tembakan di badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Seorang lagi suspek yang berusia lingkungan 30-an dipercayai anggota pasukan keselamatan melarikan diri menaiki sebuah kenderaan jenis Naza Citra berwarna hitam yang dipandu oleh seorang rakan lain," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Tambah Tun Hisan, kira-kira sejam kemudian, polis berjaya menahan suspek yang mengalami kecederaan di Damansara Damai sebelum membawanya ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.
Polis percaya terdapat lebih daripada dua individu terlibat dalam cubaan samun itu.
Pihaknya menemui pistol dan kerambit yang digunakan dalam jenayah itu serta sedang mengesan saki-baki kumpulan penjenayah terbabit. -UM
SIAP BERITA DALAM BI LAGI : SOLDIER SHOT DEAD IN ROBBERY BID
PETALING JAYA: Police shot dead a soldier and wounded another when they tried to rob an illegal cyber cafe in Kampung Baru Sungai Buloh here yesterday.
The soldiers, who were armed with a Glock semi-automatic pistol and a 'kerambit', had gone into the shop, unaware that there were two policemen posing as customers inside.
Selangor police chief Datuk Tun Hisan Tun Hamzah said the two men knocked on the cafe's back door before they were let in by its operator about 6.45am.
"Soon after they entered the cyber cafe, one of the men took out a Glock pistol and ordered the operator to hand over all the money.
"The undercover police officers, who were in the middle of an operation, confronted the suspects and a shootout ensued."
He said the man with the pistol was shot dead, while his accomplice, who was wounded, ran away. The two policemen were unhurt.
"About an hour after the shootout, police received information that the second suspect had gone to Damansara Damai and he was arrested there.
"We believe that the robbers might have had another accomplice, who drove the wounded suspect in a black Naza Citra to Damansara Damai."
Meanwhile, a military spokesman confirmed that the two men were attached to the Military Police Training Centre (Pulapol) -- the dead man was a staff sergeant and his wounded accomplice was a ranger. -NST
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalamualaikum..
untuk pengetahuan semua,rompakan bukan dilakukan di cyber cafe biasa.Ia adalah pusat perjudian online yang berselindung atas nama cyber cafe.Cyber cafe seperti ini berleluasa di seluruh negara.Polis tertentu mungkin melindungi kegiatan yg tak bermoral ini.begitu pantas sampai ke tempat kejadian?? dalam kes2 lain seperti ragut tidak mungkin seantas itu.Kegiatan judi online mungkin diketahui oleh pihak berkuatkuasa tempatan.mungkin dilindungi oleh pihak berkuasa?
apa sangat yg dapat jika merompak cyber cafe?sampai 5 org? mereka dah abis duit berjudi sebelum ni.geram duit abis kejudi.tokey judi untung.ada yg kena suap untuk lindungi pusat judi ni.
Post a Comment