Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Monday, July 11, 2011
UMUR DAH LANJUT, SEMANGAT BAGAI TOK JANGGUT
Dulu sajaknya disenangi semua rakyat
Kini Sajaknya pula bagai senjata yang ditakuti BN/UMNO
Dulu beliau disegani rakyat, pemimpin dalam dan luar negara
Kini beliau digeruni pula oleh kerajaan BN
Umur beliau bagai dah lanjut
Kini tenaga dan semangat beliau bagai jelmaan kepahlawanan Tok Janggut.
Maka bila kita semua mahu ikut ?
Tiba Waktu Rakyat Di Tampuk Kuasa -A. Samad Said
KL, 11 Julai 11: Datuk A. Samad Said yang dilihat sebagai “ikon baru di sebalik perkembangan sosiopolitik semasa, berkata, di Taman Melewar malam tadi,
“Sudah tiba waktunya, rakyat pula yang berada di tampuk kuasa. ”
Kata Sasterawan Negara ini, “selagi (golongan) bangsawan yang berada di atas, sampai bila-bila saya rasa mereka tidak akan dapat merasakan apa yang dirasai oleh rakyat.”
Sehubungan itu, seniman berusia 76 tahun ini yang menjadi tumpuan ketika perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara baru-baru ini menambah, pilihan raya umum ke-13 pasti akan ada sinar harapan untuk melihat perubahan tersebut.
Samad (gambar, tengah) juga berkata sepanjang lima dekad Malaysia hanya dipimpin oleh golongan bangsawan seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Hussein Onn dan Tun Abdul Razak Hussein — kesemuanya golongan yang mempunyai harta dan pangkat.
Malaysia kini dipimpin oleh perdana menteri yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Razak, anak kepada Razak. Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi masing-masing merupakan perdana menteri keempat dan kelima. Dalam ceramahnya, Samad juga berkata, seorang sasterawan tidak perlu hanya menulis semata-mata tetapi mereka juga perlu bertindak.
Oleh itu jelas beliau, sebagai seorang sasterawan, mereka tidak perlu takut dengan penulisan yang dihasilkan, yang mampu bertindak ke atas sesuatu isu.
“Seorang sasterawan, tugasnya ialah mencipta dan merakamkan apa yang berlaku dalam masyarakat. Itu yang saya lakukan lebih 50 tahun. Merakam sahaja. Saya tidak berapa suka untuk merakam sahaja apa yang berlaku. Saya cemburu dengan masyarakat yang boleh bertindak dalam sesuatu perkara,” katanya.
Justeru kata Samad, apabila beliau dijemput menyertai Himpunan Bersih 2.0 secara rasmi, beliau menulis puisi yang bertajuk “Unggun Bersih”. Samad berkata beliau ada dua lagi karya yang dihasilkan berkaitan Himpunan Bersih 2.
Samad (tengah, kemeja-T kuning) ketika berunding dengan pasukan polis di kawasan Stadium Merdeka, kelmarin. — Foto The Malaysian Insider
Samad telah membacakan sebuah puisi “Unggun Bersih” pada majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 pada 19 Jun lalu di ibu negara, sekali gus membawa kepada tindakan pihak berkuasa menyoal siasat beliau atas dakwaan menghasut.
Di sebalik perhimpunan Bersih 2.0 kelmarin, Samad merupakan antara beberapa personaliti bersama 600 penyokong gabungan menuntut pembaharuan pilihan raya tiba di Stadium Merdeka di sebalik halangan dan sekatan ketat pihak polis.
Beliau menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 sebagai “satu kejayaan besar” kerana dapat menarik kehadiran begitu ramai, didakwa dalam lingkungan 50,000 orang. Polis menganggap hanya 6,000 orang hadir kelmarin.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian, berkata, meskipun bukan seorang ahli politik aktif, kemunculan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dilihat telah membawa kewujudan paradigma baru dalam arena politik negara. (IH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pejuang itu hendaklah berjuang dengan memandang dunia ini dari pandangan Mata Burung, bukan dari Bawah Tempurung...
Post a Comment