Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, July 6, 2011

MUJUR UMNO MUKA TEBAL !


Sarawak melalui pemimpinnya Taib Mahmud memalukan pentadbiran Barisan Nasional. Apataknya, dah la UMNO seperti burung dipipiskan lada. UMNO juga seperti melukut di tepi gantang di Sarawak. Walaupun UMNO dah 50 tahun mendominasi Malaysia namun bendera UMNO masih sukar dikibarkan secara rasmi di Sarawak. Arahan Taib Mahmud seolah bagai PM sebuah negara lagaknya. Mentang-mentang negerinya yang ditadbir Taib ini lebih besar dari Semenanjung Malaysia. Taib sanggup memperkudakan Polis bagi mengawal cabaran dan pengaruh pihak Pakatan Rakyat di Sarawak. UMNO memang memalukan ahlinya yang memperjuangkan Melayu kunun. UMNO dimalukan PAS yang sudah pun diterima di Sarawak, di mana cawangan PAS sudah bertaburan dibuka dengan jaya di Sarawak. Perkembangan ini menakutkan Taib yang sudah tua yang tamak yang sensitif dengan cabaran yang sukar ditanganinya.

Mazlan Aliman ditahan di Miri atas arahan Taib.

KUALA LUMPUR, 6 Julai: AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman ditahan pihak Imigresen di Lapangan Terbang Miri sekitar jam 10.15 pagi ini.
Turut bersama beliau ialah Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Mohd Nasaie Ismail.
Ketika dihubungi sebantar tadi, Nasaie meberitahu pihak Imigresen memaklumkan Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat ditahan atas arahan Ketua Menteri yang menyekatnya memasuki Sarawak.
Mazlan masih berunding dengan pihak Imigresen berikutan tindakan itu sama ada berlepas ke Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu semula.
Nasaie yang mengiringi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi menjayakan beberapa program yang telah diatur di Sabah dan Sarawak berkata, beliau kebetulan bersama Mazlan sewaktu ditahan.
Katanya, Tuan Guru Abdul Hadi tidak terbabit dengan sekatan itu dan terus dibawa dengan kenderaan yang menunggu di Lapangan Terbang Miri bagi menjayakan beberapa majlis yang telah disusun.
Bagaimanapun, kenderaan yang membawa beliau diekori pihak tertentu dipercayai polis.

3 comments:

Anonymous said...

dekat serawak pun polis jadi kuda jugak ke? boleh ditunggang sana boleh ditunggang sana

zul_neem said...

assalamualaikum

Selamat datai,kami ngelalu ke penatai nuan,begitulah sambutan mesra rakyat serawak keatas rombongan yang diketuai oleh Tuan Guru Abdul Hadi dengan penuh seribu harapan dibumi kenyalang ini.

Anonymous said...

patriot dan kj, kami tuntut spt dijanjikan, lokasi telah diubah bkn dijalanan lagi kita jumpa distadium merdeka 2ptg pd 9 julai nanti, kami alu-alukan kedatangan patriot, jgn jadi orng munafiq melupai janji