Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, July 11, 2011

ASTAGFIRULLAH ! ZALIMNYA POLIS/FRU MALAYSIA

Menurut Puan Rosni, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.

"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami saya tidak larat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari apabila polis mahu tangkap baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.

manakala itu, Suhaimi Long iaitu rakan kepada Arwahyarham berkata, " Baharudin iaitu antara puluhan ribu peserta himpunan yang disembur air dan ditembak dengan gas pemedih mata pengsan selepas lemas dalam kepulan gas pemedih mata dan dibawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor."

Bagaimana pun Baharudin Ahmad disahkan meninggal dunia di sana.

Rumah Allahyarham yang terletak di alamat No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Jalan AU 3/8 Kuala Lumpur sejak petang semalam tidak putus-putus didatangi tetamu yang terdiri dari pelbagai peringkat.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan jam 11 pagi di tanah perkuburan Islam AU 4 selepas ia disembahyangkan di surau Mukarrabin, Kelompok Camar.

AL-FATIHAH


Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah
kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin
Paling menghairankan ialah laporan perubatan seakan-akan kelam-kabut dan
menyuruh keluarga mangsa mengebumikan dengan segera jenazah arwah.
Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada
keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu
tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.
Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk
mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.
Nampaknya sudah terbukti bahawa ini angkara dari keganasan pihak berkuasa
yang menjahanamkan rakyat untuk sesuatu yang baik. Pada hari kejadian juga
ada seorang lelaki dipijak kakinya sehingga patah oleh anggota keselamatan
namun dibiarkan meraung kesakitan sehinggalah orang ramai memberi bantuan.

No comments: