Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, June 24, 2011

VIDEO TERAKHIR SEBELUM MAUT, INNALILLAH .. !


Seorang juruterbang Malaysia terbunuh apabila pesawat ringan yang dipandunya dalam pertunjukan aerobatik di Minang Aerosport 2011 terhempas di tanah lapang Kompleks Perundam III Tunggul Hitam,Padang,Sumatera Barat Petang Semalam.Juruterbang itu dikenali sebagai Kolonel (B) Zakaria Salleh dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor.

Kedutaan Besar Malaysia mengesahkan laporan itu dan usaha sedang dilakukan untuk menguruskan penghantaran pulang jenazahnya ke Malaysia.Konsul General Malaysia di Medan,Norlin Othman berkata pesawat yang dipandu Zakaria ialah dari jenis Cristian Eagle dengan nombor pendaftaran N21H dan kejadian berlaku pada pukul 5.24 petang waktu tempatan.

Menurut laporan media tempatan yang memetik seorang saksi,pesawat Eagle itu sedang melakukan aksi aerobatik apabila ia tiba-tiba jatuh menjunam ke tanah.Pesawat malang itu juga dilaporkan mengeluarkan asap tebal sebelum menjunam ke tanah lapang di Jalan Galaksi.Sejurus kemudian anggota polis dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) mengeluarkan mangsa dan terus membawanya ke Hospital M Djamil, Padang.Polis Padang berkata Zakaria yang cedera parah meninggal dunia di hospital.

BERNAMA melaporkan di KUALA LUMPUR,seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata Allahyarham Zakaria merupakan bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kini bertugas sebagai juruterbang eksekutif syarikat penerbangan Berjaya Air.

Allahyarham berasal dari bandar Country Homes,Rawang dan telah menyertai Berjaya Air sejak empat tahun lepas dan semasa bertugas dengan TUDM,Allahyarham merupakan kapten pasukan aerobatik, katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Zakaria adalah juga kapten Kelab Penerbangan Diraja Selangor dan juga, Ketua Jurulatih Penerbangan kelab itu.
Difahamkan isterinya yang hanya dikenali sebagai Laila telah berada di Padang,Sumatera sebaik mengetahui kemalangan maut suaminya.

AL-FATIHAH

No comments: