

Saf kepemimpinan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13 semakin lengkap DAN MANTAP bila Mohamad Sabu (foto) diumum ke jawatan Timbalan Presiden PAS.
Pemilihan Mohamad Sabu yang mempunyai kaitan rapat dengan pemimpin Pakatan Rakyat dijangka akan memberi nilaitambah kepada parti dan mudah diterima di kalangan pengundi bukan Melayu dan meningkatkan peluang PAS dalam pilihan raya umum nanti.
Saf naib presidennya pula perwakilan parti nampaknya membuat membuat keputusan yang baik dan bijak dengan mengekalkan dua orang ahli parlimennya di jawatan itu Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena). Dan bertambah kuat bila para perwakilan turut memilih tokoh profesional, Datuk Husam Musa.
Menurut maklumat wartawan pilihan kali ini amat menggerunkan UMNO/BN dan memang wajar ucapan tahniah diucapkan kepada Mat Sabu dan perwakilan dan ahli PAS keseluruhan.
Nampaknya sebelum PRU13 , UMNO/BN akan hadapi ujian getir jika mereka tidak mahu menyerahkan pentadbiran Negara secara baik kepada Pakatan Rakyat dengan Perhimppunan Bersih II pada 9 Julai nanti.
1 comment:
Tahniah kepada seluruh ahli, perwakilan dan saf kepimpinan PAS,
Harap-harap kepimpinan baru yang mantap ini dilengkapkan dengan pemilihan Setiausaha Agung yang gigih dan mantap juga. Gantikan S/usaha Agung sekarang yang lembab dan lesu.
Post a Comment