Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, June 3, 2011

PR MANTAP AGAR GURU AGAMA STATUS TETAP

Selangor Atasi Masalah Guru Agama Kontrak Dan Sambilan !

SHAH ALAM 1 JUN - Kerajaan negeri akan memohon pertambahan jawatan guru agama di negeri ini bagi menyerap guru- guru berstatus kontrak dan sambilan supaya menjadi guru tetap.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri menyedari terdapat ramai guru agama dinegeri ini yang masih belum mendapat status guru tetap meskipun sudah lama berkhidmat.
Khalid berkata perkara itu akan diuruskan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi.
"Kerajaan Negeri bersetuju memberi sokongan penuh terhadap usaha mendapatkan waran jawatan tambahan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam. Saya mahu, Setiausaha Kerajaan Negeri memberi perhatian utama terhadap perkara ini.

"Saya sedar betapa ramainya guru di negeri ini yang masih berjawatan kontrak atau sambilan dan dengan yang demikian, Kerajaan Negeri mahu mengatasi masalah ini dengan segera," kata Khalid.

Khalid menambah, kerajaan negeri tidak pernah lepas tangan dalam urusan menjaga kebajikan guru- guru agama yang menabur bakti kepada anak- anak Selangor.

Beliau menjelaskan kerajaan negeri turut berperanan dalam urusan pemberian gaji kepada guru- guru dibawah seliaan Jabatan Islam Selangor (JAIS). "Untuk pengetahuan guru- guru, setiap RM1 gaji yang dibayar kepada guru- guru, hanya 30 sen daripada Kerajaan Persekutuan dan selebihnya, 70 sen datangnya daripada Kerajaan Negeri," jelas Khalid.

Bukan itu sahaja, kerajaan negeri sebelum ini meluluskan RM300 tambahan elaun kepada semua guru KAFA Integrasi yang bertugas di Semua Sekolah Rendah Agama di Negeri Selangor. Penambahan ini menjadikan jumlah elaun bulanan bagi kumpulan ini sebanyak RM 1,300.
Beliau turut menambah, segala peruntukan yang diberikan oleh kerajaan negeri dan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan digunakan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran disamping mengadakan program- program peningkatan kerjaya untuk guru.
Dalam majlis yang sama, Tan Sri Khalid menyerahkan replika cek dari lembaga Zakat Selangor berjumlah hampir RM47 Juta. Sebanyak RM26 Juta diserahkan kepada sumbangan bayaran guru- guru kafa Negeri Selangor setahun dan RM12.5 Juta untuk sumbangan dermasiswa pelajar luar negara (Mesir, Jordan dan Morocco).
Sementara untuk anugerah tokoh guru terbaik bagi kategori lelaki dianugerahkan kepada Mohd Dawam Dollah @ Hj Mohd Anuar dan untuk tokoh guru wanita dianugerahkan kepada Mistijah Nordin.

Bagi anugerah Pra Sekolah terbaik dimenangi oleh Pekan Sabak Bernam, Sekolah Rendah Agama (SRA) dimenangi oleh Sijangkang Kuala Langat, Sekolah Rendah Agama Integrasi dimenangi oleh SRAI Sungai Manggis Kuala Langat, KAFAi dimenangi oleh Taman Kemuning Kuala Langat dan MITS/SAM dimenangi oleh SAMT batu 38 Sabak Bernam.

Hidup Pakatan Rakyat !! Hiduplah Rakyat !!

No comments: