Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, June 14, 2011

KEJUJURAN ALLAHYARHAM SARBINI TERBUKTI ! JANGAN SEWENANG TUDUH ORANG BUNUH DIRI

Usul tergempar oleh Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Selasa, 14hb Jun 2011:

Usul tergempar atas kes Ahmad Sarbaini

Per: Notis Peraturan Mesyuarat 18 - Menggesa supaya Jemaah Menteri mengarahkan supaya Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia mengemukakan keputusan penyiasatan kes Ahmad Sarbaini dan menjawab tuduhan Raja Petra Kamaruddin bahawa tiada bukti menunjukkan Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed mempunyai kekayaan luar biasa dijumpai

Ini adalah untuk memberikan notis di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2) untuk mengusulkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan seperti berikut:

“Bahawa Dewan mengizinkan YB Lim Kit Siang untuk menangguhkan Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan mengenai tuduhan Raja Petra Kamaruddin tentang kes Ahmad Sarbaini Mohamed, bekas pegawai kastam yang dijumpai mati di bangunan SPRM Cheras pada haribulan 16 April, bahawa tiada bukti bahawa mangsa tersebut mempunyai kekayaan luar biasa dijumpai oleh pihak polis.”

“Mengikut beliau, 'Encik Ahmad Sarbaini hanya mempunyai tiga buah kereta yang sederhana iaitu sebuah perodua kancil, sebuah Honda CRV yang dibeli tangan kedua, dan sebuah proton persona – dan sebuah motosikal Modenas Kriss yang beliau membawa ke bangunan SPRM pada hari yang malang tersebut.

Encik Ahmad Sarbaini juga mempunyai sebuah rumah pangsa di Bukit Tinggi yang berharga 65,872 ringgit, sebuah rumah pangsa di Puncak Alam berharga 68,988, sebuah rumah kluster semi-D di Saujana Impian di Sungai Buloh berharga RM230,000 dan RM 35,000 wang simpanan dalam Amanah Saham Bumiputera... itu sahaja'

Apakah seorang pegawai kerajaan yang kononnya korup berkehidupan sebegitu sederhana sahaja? Apakah seorang yang tidak melanggari undang-undang sanggup membunuh diri? Ataupun SPRM sengaja memburukkan nama mangsa tersebut untuk menyelindungi kebenaran? Sampai hari ini, tiada lagi satu penjelasan yang memuaskan telah diberi oleh pihak berkuasa, menyebabkan keluarga mangsa itu tertanya-tanya status sebenar hasil siasatan tersebut.

Polis Diraja dan pendakwaraya harus mengemukakan keputusan penyiasatan kes tersebut secara awam untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan rakyat Malaysia yang berprihatin serta keluarga mangsa tersebut.

Pihak polis dan SPRM tidak harus menolak dalih dengan alasan bahawa inkues akan dijalankan, memandangkan sebagaimana dalam siri kejadian Teoh Beng Hock, yang juga ditemui mati dalam tahanan SPRM, di mana inkues hanya memutuskan 'Open Verdict' tanpa satu keputusan yang memuaskan hati. Biarkanlah keluarga Sarbaini untuk memutuskan samada mereka mahukan inkues atau suruhan siasatan diraja diadakan, tetapi adalah amat penting bahawa pihak polis dan SPRM bersifat bertanggungjawab dan telus dalam perkara ini demi memulihbaik keyakinan ramai tentang integriti institusi-institusi tersebut.”

*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

No comments: