Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, June 28, 2011

KARAM SINGH KARAM

Biasanya kita lihat wartawan TV3 Karam Singh Walia adalah pejuang penjagaan Alam Sekitar namun dalam kes Lynas tiba-tiba beliau buat pusingan 69 atau boleh dikatakan buat pusingan U beria-ia berusaha agar penduduk Kuantan dan rakyat yang sebagai penonton agar menerima projek wang-terjun itu sebagai projek yang tidak merbahaya.oleh mendatangkan bahaya. Karam Singh pun tahu , banyak projek besar di Malaysia tidak berkualiti walau bajetnya hingga berbilion boleh runtuh sebaik siap contohnya Stadium Terengganu , pembaikian Bangunan PArlimen, Bangunan Mahkamah , jambatan di Lebuhraya Timur Barat dan banyak lagi. Kalau projek yang tidak melibatkan radioaktif boleh kantoi inikan pula projek Lynas yang jika dibanding dengan negara maju seperti Jepun pun gagal mengawalnya.
Kita ada pengalaman bagaimana berlaku di Bukit Merah di Perak.

Karam Singh sepatutnya membuat bantahan awal agar projek itu tidak diteruskan ataupun beliau patut berdiam diri sementara projek Lynas siap bagi menunggu kesan buruk Lynas nanti barulah beliau buat liputan.
Rakyat musykil kerana :
a) Kenapa projek dah dimulakan baru kajian Alam Sekitar baru nak dibuat?
b) Kajian dibuat pun berlaku bila Pakatan Rakyat membuat bantahan.



KUANTAN, 28 Jun - Orang ramai digesa tidak terpedaya dan terpengaruh dengan tindakan kerajaan menggunakan wartawan terkenal TV3, Karam Singh Walia untuk memaksa mereka menerima hakikat tentang kewujudan kilang memproses rare earth yang dibina di kawasan perindustrian Gebeng dekat sini adalah selamat. Difahamkan promo tersebut telah disiarkan oleh pihak terbabit sejak beberapa hari lalu. Malah, ia dijangka akan disiarkan kepada umum ketika siaran Buletin Utama TV3 mulai hari ini 28 hingga 30 Jun 2011 ini. Persoalannya sekarang, kenapa baru sekarang TV3 mahu menjadi juara untuk memperjuangkan isu Lynas?. Sedangkan selama ini media terbabit dilihat terus membisu dan menyembunyikan fakta sebenar kepada rakyat. Langkah menggunakan Karam Singh yang cukup terkenal dengan rancangan "Aduan Rakyat" terutamanya yang berkaitan dengan alam sekitar itu adalah satu strategi terakhir kerajaan bagi memesongkan minda rakyat supaya menerima kenyataan tentang projek berkenaan. Jangkaan mereka, selepas TV3 menyiarkannya maka barulah pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang kononnya mengkaji tahap keselamatan kilang terbabit akan mengeluarkan kenyataan bahawa tahap radiasi yang dikeluarkan oleh Lynas adalah selamat. Inilah skrip "tersembunyi" yang boleh dibaca rakyat Kuantan itu sebenarnya.

1 comment:

Anonymous said...

Apabila timbul BERSIH baru lah rakyat nampak :
1. perangai buruk
2. karakter hantu / setan
3. sifat binatang serta pengampu
manusia-manusia yang dahulunya
tersembunyi sehingga mereka
sendiri tak tau.

Yang menamakan diri mereka
pemimpin sudah terang lagi bersuloh perangai setan mereka dari awal lagi. Kesan nya ialah dah berbillion habis duit rakyat entah "kemana" dibawa mereka.

Apa yang kita sebagai rakyat mesti risaukan ialah nasib anak cucu kita pada masa hadapan dengan berterusan nya pemimpin dan manusia yang sedemikian meneraju negara. Kehancuran menanti sebab kita rakyat membenarkan mereka bersultan dimata beraja dihati.

Bangun lah rakyat dan sedar sebelum terlambat.

Jangan biarkan nasi yang sudah mahu menjadi bubur menjadi bubur terus.