Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, June 19, 2011

DUNIA PEGUAM MURAM DEK PEGUAM YANG PATUT MUKANYA DITUAM !

Teman pun setuju dengan YB Firdaus Jaafar bahawa YB Kulim yang kaki lompat parti perlu disiasat. Mulut celupar YB Kulim amat jijik sekali sehinggakan orang akan lihat beliau seperti bukan seorang peguam yang terpelajar. Cakap beliau main lepas sahaja tanpa fakta. Dari kata-katanya semasa berucap dalam tv tiga semalam amat muram untuk dunia peguam.tIBA-TIBA kisah beliau terlibat hanya sebagai barisan belakang reformasi 1998 diutarakan beliau masa itu macam robot tiada penidirian dan menyalahkan DSAI saja. Pada hal masa itu beliau adalah peguam dan pernah jadi ahli PAS Bandar Tun Razak dan ajk/pengerusi Masjid Jamek KL lagi.
Bacalah laporan YB Fidaus di bawah :-

YB Ust.Firdaus JaafarPihak polis diminta menyiasat kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Baru iaitu YB Zulkifli Nordin berkaitan kononnya Anwar Ibrahimlah individu yang mengarahkan beliau dan beberapa orang melakukan onar ketika era Reformasi tahun 1998. Ucapan beliau telah dipetik oleh media upahan UMNO iaitu TV3 semasa beliau berceramah di Penaga, Pulau Pinang dan disiarkan sewaktu slot Buletin Utama malam semalam.

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) yakin tujuan beliau tidak lain tidak bukan hanyalah untuk memburuk-burukkan Himpunan Bersih 2.0 yang akan berlangsung pada 09 Julai ini. Mengapa beliau menunggu sehingga 13 tahun baru nak membongkar kejadian ini.? Mengapa selama ini beliau mendiamkan diri? Kalau benarlah kononya arahan itu datangnya daripada Anwar Ibrahim ketika itu, bagaimana beliau seorang yang cukup bijak hal undang-undang boleh menjadi ‘pak turut’ yang setia membabi buta? Ini membuktikan beliau seorang yang boleh digelar ‘sesumpah’ kerana akan berubah warna mengikut persekitaran tertentu. Beliau lupa yang kemenangan yang beliau perolehi di Parlimen Kulim Bandar Baru adalah disebabkan kebangkitan rakyat susulan Himpunan Bersih yang diadakan pada November 2007 dahulu.

DPPP akan membuat laporan polis berkaitan isu ini dan berharap pihak polis menjalankan siasatan dengan telus tanpa ada menyebelahi mana-mana pihak. Pihak polis harus menjalankan siasatan yang menyeluruh terhadap dakwaan ini. Jangan hanya bertindak kepada satu pihak sahaja sedangkan gaji Polis dibayar oleh rakyat bukannya UMNO/BN. Kepada YB Zul Nordin, berhentilah daripada menjadi ‘badut sarkas’ UMNO/BN.

Disediakan oleh;

YB Ust.Firdaus JaafarEXCODewan Pemuda PAS Pusat
at 6/19/2011 10:45:00 PM

1 comment:

Anonymous said...

Kalau buat laporan, polis nanti tanya apa yang anda harapkan dari laporan ini.

Cuba tanya polis tu... kalau saya nak tengok suspek ini ada di belakang Land Rover Polis dengan ditutup plastik hitam boleh tak? Saja nak tengok reaksi polis tu.