Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, June 22, 2011

DASYAT ! KENYATAAN RASMI YANG MENGEJUTKAN !

Teman pun tak tahu , macammana Pembangkang Selangor, Kelantan dan Kedah akan terkejut? Atau Pakatan Rakyat yang akan terkejut!
KETUA Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau akan membuat kenyataan rasmi pada Rabu mengenai dakwaan rasuah terhadapnya.

Bagaimanapun Taib tidak menyatakan bagaimana beliau respond terhadap dakwaan pembangkang dengan menggunakan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya.

"Pembangkang akan terkejut esok," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Petra Jaya di sini pada Selasa.

Pada 9 Jun, Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed menyatakan bahawa suruhanjaya itu sedang menyiasat Taib atas dakwaan rasuah balak.

Bernama melaporkan, Taib menjawab pertanyaan sama ada SPRM akan mengambil tindakan seperti Agensi Anti-Rasuah Switzerland, di mana aset Taib dibekukan atas dakwaan rasuah balak.

Menurut laporan berita asing, Presiden Persekutuan Switzerland Micheline Calmy-Rey berkata bahawa beliau menyedari dakwaan itu dan mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawalan, Lembaga Pengawasan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) untuk tujuan siasatan.-21/6/2011

No comments: