Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, June 6, 2011

CONFIRM ! UMNO 100% RAKYAT SARAWAK TOLAK !

UMNO ditolak di Sarawak?

Dah 65 tahun UMNO bertapak di Malaysia tapi memalukan orang Melayu kerana masih 'gagal' menguasai Negeri Sarawak, satu-satu negeri yang tidak memilih UMNO untuk memayungi rakyat Negeri Sarawak tidak seperti Parti Islam Se Malaysia iaitu PAS yang alhamdulillah telah mula diminati dan didekati oleh rakyat Negeri Sarawak.

Kekuatan parti PAS yang telah diterima baik oleh seluruh rakyat Malaysia telah diakui oleh rakyat Negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Perak tidak boleh nafikan lagi manakala rakyat negeri Sarawak mulai berminat apabila PAS berjaya meletakan calunnya di 5 kawasan DUN Negeri dalam pilihanraya kecil lalu.

Ini bermakna UMNO tidak dapat menandingi parti PAS telah berada diseluruh negeri dalam Malaysia.
Walaupun UMNO mendabik dada diatas kemenangan BN di Serawak baru-baru ini namun yang sebenarnya tidak ada satu kerusi pun yang dimiliki UMNO.Al-maklumlah UMNO tiada tempat di Sarawak.

Boleh diandaikan dalam PRU ke 13, UMNO memang pasti tidak akan mendapat satu kerusi pun di Sarawak dan yang menakutkan BN ialah pada bila- bila masa saja rakyat Sarawak boleh menolak untuk tidak menyertai BN.
Rakyat Sarawak boleh membuat pilihan bijak jika memilih parti politik PAS sebagai wadah perjuangan untuk menubuhkan Kerajaan dan memiliki PUTRAJAYA atau rakyat Sarawak boleh memiliki parti pembangkang PR lain yang telah berkembang di Sarawak.

PRU 13 nanti memberi kelebihan kepada rakyat Sarawak memilih jalannya sendiri untuk berpolitik, mereka boleh terima parti yang pro UMNO seperti PBB, SUPP dll dan mereka juga boleh memilih parti pro pembangkang seperti PAS, PKR atau DAP tapi rakyat Sarawak tidak dapat bersama UMNO kerana UMNO tidak ujud di Serawak.

Oleh itu pada bila-bila masa saja menjelang PRU 13 rakyat Sarawak boleh mengistihar bahawa mereka akan bersama parti pro pembangkang kerana buat masa ini UMNO tidak ada suara di Sarawak. Inilah yang memberi kelebihan kepada PAS, PKR dan DAP dan sekiranya rakyat Sarawak berpuas hari dengan suasana politik sekarang yang mana Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dimiliki BN dan tidak mustahil nanti untuk kerusi Parlimen rakyat Sarawak akan memilih parti-parti dari Pakatan Rakyat (PR) iaitu PAS, PKR dan DAP untuk kerusi Parlimen dan sama-sama menikmati ujudnya kerajaan Pakatan Rakyat bagi memiliki PUTRAJAYA.

Dengan apa yang berlaku di Sarawak dan kekuatan PAS di Kelantan dan Kedah serta kehebatan PKR mentadbir Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Perak yang tentunya dapat diambil balik dan tumpuan PAS dan PR di negeri Sembilan, Trengganu dan Johor adalah 'jelas' masa saja yang akan menentukan PUTRAJAYA akan dimilki oleh parti Pakatan Rakyat (PR) pada PRU 13 nanti.

Cepat pilihanraya umum diadaka maka cepatlah Pakatan Rakyat akan mentadbir PUTRAJAYA kerana separuh daripada kerusi Parlimen sedang menanti untuk diberi kemenangan kepada PAS, PKR dan DAP kerana parti UMNO sendiri 'GAGAL' untuk memertabatkan dan mengiktirafkan Ahli Parlimen (MP) daripada UMNO seperti UMNO sedang layang Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini iaitu YB. Khairy Jamaluddin (KJ).

UMNO dan Kerajaan lebih yakin kepada mereka yang tidak berparti dan orang yang kalah bertanding sebagai Ahli Parlimen daripada Ahli Parlimen UMNO untuk diberi tanggongjawab dan habuah di Jabatan Perdana Menteri.

No comments: