Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, June 27, 2011

BERI LALUAN PADA BERSIH ! seruan SUHAKAM


KUALA LUMPUR, 27 Jun: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang dibentuk oleh kerajaan sendiri menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dirancang 9 Julai ini.

Bagi Suhakam, orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Semikian kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataannya di tengah-tengah usaha yang dibuat oleh Umno dan alat-alatnya untuk membatalkan perhimpunan itu.

Antaranya adalah dengan berusaha agar perhimpunan itu menjadi kecoh dengan cara menganjurkan perhimpunan serentak serta membuat provokosi melalui badan-badan bukan kerajaan termasuk persatuan silat dan bela diri.

Usaha pihak-pihak yang menyokong perhimpunan Bersih 2.0 juga mendapat tentangan hebat dari polis sehingga mereka yang memakai baju T Bersih juga ditangkap dan disifatkan sebagai satu kesalahan.

Penganjuran majlis pra perhimpunan Bersih juga disekat oleh polis dengan ramai antara mereka ditangkap dan dikaitkan dengan kesalahan yang bukan-bukan termasuk cuba menghidupkan ideologi komunis yang sudah lama berkubur.

Berikut adalah kenyataan penuh dari Hasmy Agam.

"Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011, dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda UMNO dan Perkasa, dan mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

"Suruhanjaya mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada Kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun, seperti yang terkandung dalam, antara lain, Laporan Tahunannya kepada Parlimen, serta permintaan bagi pemansuhan sub-seksyen (2), (2A) - (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967, dan mengesyorkan agar pihak Polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.

"Suruhanjaya menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan, dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab. Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya. "


P/s: Majlis Peguam sokong, Dr Asri kata BERSIH bertujuan baik, Prof Aziz Bari menegaskan larangan terhadap BERSIH melanggari Perlembagaan, Ustaz Hadi Awang seru semua ahli PAS turun padang, tinjauan di akhbar dan media elektronik menunjukkan rakyat menyokong BERSIH.

2 comments:

zul_neem said...

assaalamualaikum

Perlembagaan malaysia adalah payung kepada undang-undang yang wujud dinegara kita ini untuk rakyat dan kedaulatan negara kita.Kerajaan malaysia terbentuk dengan adanya perlembagaan tadi dan sistem pemerintahan yang berasaskan kepada perlembagaan yang terbentuk dan dipersetujui oleh rakyat amnya .Dewan rakyat dan dewan negara adalah antara tempat dimana rakyat mendapat hak undang-undang daripada apa yang termaktub didalam perlembagaan.Keselamatan dan kebebasan rakyat didalam sesebuah negara misal malaysia adalah bergantung kepada ruang lingkup dan kedudukan perkara-perkara atau peruntukan-peruntukan yang ada didalam perlembagaan bukannya dari parti yang membentuk kerajaan seperti UMNO dan parti-parti didalam BN.Kerana diktator atau regim adalah berlawanan dengan moral perlembagaan malaysia yang bersifat demokrasi, yang berkehendakkan pilihan raya menjadi batu loncatan yang utama kearah perbentukan kerajaan dari kalangan rakyat.Justeru itu BERSIH yang celik pembacaannya keatas perlembagaan dan undang-undang malaysia mempunyai hak untuk menyedarkan rakyat dan memanggil rakyat untuk membetulkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang disalah gunakan oleh parti yang memerintah yakni UMNO dan parti komponannya demi survival politik mereka.Kerana SPR adalah satu jentera yang utama bagi rakyat untuk memilih kerajaan daripada beberapa parti-parti yang bertanding yang dibenarkan oleh sistem politk yang terbentuk dimalaysia dan dinaungi oleh Yang pertuan agung.Oleh itu tidak boleh diterima jika parti pemerintah Bn menentang kuat akan hasrat BERSIH untuk membentulkan
SPR kerana SPR sebenarnya ada milik sepenuh RAKYAT MALAYSIA bukan milik mereka.

Anonymous said...

Bersih hanya Minoriti. Bukan mewakili Rakyat Malaysia. Kenapa buat di jalanan, bukan di Stadium?