Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, May 17, 2011

POLIS TERUS DIHINA?

KUALA LUMPUR: Seorang bekas anggota polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di ibu negara ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) yang melakukan operasi cegah maksiat di hotel berkenaan awal pagi ini.

Ketika cuba melarikan diri melalui tingkap biliknya yang terletak di tingkat 16 hotel itu di mana dia menginap dengan pasangannya, mangsa yang berumur 49 tahun itu terjatuh di beranda tingkat lima bangunan dalam insiden kira-kira 2 pagi itu.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman yang dihubungi Bernama hari ini mengklasifikasikan kematian itu sebagai mati mengejut.

Beliau berkata mangsa mati serta-merta di tempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.


Zulkarnain berkata pihak Jawi telah mengambil keterangan daripada pasangan mangsa yang dipercayai janda berumur lingkungan 40-an untuk membantu siasatan dan beliau enggan mendedahkan identiti pasangan terbabit.

2 comments:

zul_neem said...

assalamualaikum

Untuk kawanku sepermainan dimasa remaja diIpoh teman merasa sedih dan pihatin keatas anak buah kawan teman yang menemui ajal dalam keadaan begitu.Hendaknya kawan teman itu banyak-banyaklah bermuzakarah dan bertaskirah kepada anak-anak buah supaya dapat menjadi contoh tauladan kepada pihak-pihak yang mengharapkan penjagaan keselamatan,kedamaian,kesentosaan dan keamanan dari bala syaitan manusia maupun syaitan nyata.Tabik tuan.

Anonymous said...

kita harap pimpinan tertinggi KDN dan KPN dapat memberikan latihan terbaik pada anakbuah dan berlandaskan hukum Islam. Kita tidak mahu ada Ketua Polis Negara yang mudah pengsan atau Ketua Polis Negara yang pukul orang sampai lebam kerana tak tahan dimaki sebagai anjing.
Dan kita mahu pegawai dan kakitangan Polis dapat terima hukuman dan teguran kalau mereka salah seperti mana rakyat yang ditangkap sebagai pesalah. Kita tak mahu ada Polis yang masih berlagak bila ditangkap berkhalwat contohnynya yg berlaku di Bukit Beruntung di mana Polis berkhalwat dengan PATI dan bila nak buat laporan Polis memang digagalkan sebab balai polis dah tempat kerja Polis yang ditangkap basah itu.