Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, May 3, 2011
POLIS DICURIGAI MENTERI DALAM NEGERI APATAH LAGI
Ustaz Yang Berani Menegur ! Mudah-mudahan ramai lagi seperti beliau !
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, kecurigaan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussien terlibat dalam kes video fitnah adalah berasas.
Justeru itu, katanya, Anwar mempunyai sebab untuk mengatakan polis turut terlibat dalam video fitnah berkenaan, memandangkan pihak polis berusaha melengahkan siasatan dan menangkap Trio Datuk T- dalang yang menyebarkan video itu.
Johari berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussien, yang mahu menyaman Anwar kerana mengaitkan beliau dalam isu itu.
“Apa sebenarnya keutamaan Hishamuddin dalam menangani kes video hitam putih ini. Polis lambat bertindak apabila ketiga-tiga datuk T membuat sidang media mengakui mereka terlibat dalam tayangan video seks ini. Anwar juga telah membuat laporan. Jadi apa bukti yang kamu (polis) hendak lagi.
“Sepatutnya Hishamuddin ambil tindakan dengan mengambil prosedur biasa mengikut undang-undang, seperti juga kes-kes yang lain apabila seseorang mangsa mengadu, dan saspek telah mengaku. Polis kena ambil tindakan dengan menyiasat dan mendakwa dia (Trio Datuk t),” ujarnya ketika ditemui di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
Menurutnya, trio Datuk T telah secara terang mengaku mendedahkan video tersebut kepada orang ramai, yang nyata bercanggah dengan undang-undang iaitu Seksyen 5, Akta Penapisan filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki dan menayang video lucah.
“Itu (polis bertindak) terlalu lambat. Pada 21 Mac video ditayangkan, seminggu tak ada apa lagi (tangkapan). Kalau sebagai pemimpin, sudah tentu Anwar mempunyai kecurigaan mengatakan polis terlibat.
“Oleh kerana polis lambat bertindak dan orang yang kena fitnah ini (Anwar) merasakan polis mengambil kes ini sambil lewa, sudah tentu dia mempunyai pemikiran bahawa kelewatan ini ada hubungkait dengan polis.
“Ini soal maruah. Dia (Anwar) mempunyai sebab musabab yang tinggi untuk mempercayai kelewatan polis bertindak dengan membuat kenyataan besar kemungkinan polis terlibat,” tegasnya lagi.
Sementara itu, Naib presiden KEADILAN, Dr Mansor Osman pula berkata, beliau yakin Anwar tidak gentar dengan ancaman tersebut.
“Kalau benar, biarkan sahaja dia memfailkan saman. Kemudian kita, rakyat Malaysia boleh melihat kemampuannya sama ada wujud bukti bahawa polis tidak berpihak kepada kerajaan yang memerintah,” kata Mansor.
“Apa yang dilakukan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional akan ‘backlash’ kepada mereka, sehinggakan Barisan Nasional sesama mereka sendiri tidak yakin dengan isu tersebut.
“Manakala sokongan rakyat semakin tinggi terhadap kita. Ahli KEADILAN semakin teguh pendirian untuk mempertahan parti,” kata Mansor.
TERBARU dari Pahangdaily !
PETALING JAYA 3 Mei - Tuduhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersekongkol dengan kerajaan UMNO Barisan Nasional (BN) dibuktikan hari ini. Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali (foto) mendakwa pegawai polis di peringkat nasional bertindak sebagai "agen politik" untuk UMNO. Azmin turut mendedahkan gambar Senior Asisten Komisioner (SAC) 1, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail yang didakwa menghasut dua ribu guru termasuk pengetua di Bachok, Kelantan. Dalam program 'Seminar Isu- isu Keselamatan Negara Masa Kini' pada 19 Februari lalu, Penolong Ketua Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas Bukti Aman itu mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pelaku dalam kes video seks dan fitnah liwat 2. Selain itu Abdul Rahman turut mengatakan Anwar sebagai ancaman kepada keselamatan negara. Dengan pendekatan sebegitu, Azmin mendakwa Abdul Rahman menjadi seorang daripada "agen fitnah untuk bercakap tentang isu liwat dan seks". "Dia dakwa Anwar bersalah dalam kes liwat dan video seks," dakwa Azmin sambil menyifatkan penglibatan polis sebagai penyalahgunaan kuasa oleh UMNO. Perkara sama didedahkan minggu lalu oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment