Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, May 10, 2011

KETUA PEMBANGKANG DALAM PEMBIKINAN, HARAP SATU MALAYSIA BERKENAN !



SH] MARANG - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jangan terlalu yakin untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR).

Sebaliknya, Penasihat PR itu berkata, Najib tidak patut amalkan ‘politik rampas’ semata-mata untuk memerintah negara ini.

“Rampas merampas ini mana punya kerja? Ini politik rampas tidak boleh (diamalkan), Perak rampas, Selangor nak rampas, mana boleh macam ini?

“Insya-Allah kami akan tawan Putrajaya dan anda (Najib) akan jadi ketua pembangkang yang baru,” katanya pada ceramah perdana isu-isu semasa di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh, di sini, malam kelmarin.

Dalam ucapan di hadapan kira-kira 3,000 orang itu, Anwar meminta rakyat melakukan perubahan dan memilih PR bagi menggantikan UMNO-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

“Kita akan tambah bilangan kerusi Parlimen; di Terengganu kita tambah tiga atau empat kerusi, Pulau Pinang tambah lagi satu, Perak kita boleh tambah tiga kerusi dan di Selangor dua kerusi lagi.

“Di Wilayah Persekutuan kita menang 11 kerusi, kalah satu kerusi di (Parlimen) Setiawangsa. Itu pun sebab undi pos; 14,000 undi pos, paling banyak dalam sejarah. Melihat kepada keputusan pilihan raya Sarawak, kita boleh tambah 10 hingga 11 kerusi lagi (di Sarawak),” katanya.

Anwar berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri dan Pengerusi UMNO Selangor yang menggesa UMNO negeri itu melupakan kekalahan pada PRU 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu pada PRU-13, yang disifatkannya ‘sudah hampir tiba’.

Presiden UMNO itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada PRU akan datang, warga UMNO Selangor perlu menggunakan apa sahaja ‘senjata’ yang dimiliki mereka.

Pada 2008, selain Selangor, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Perak, Pulau Pinang dan Kedah dan mengekalkan Kelantan, namun Perak dirampas semula BN setahun kemudian.

Anwar berkata, PR akan mempertahankan setiap kerusi yang dimenangi, walaupun terpaksa berhadapan pelbagai strategi kotor UMNO-BN.

“Kita perlu pertahankan kerusi-kerusi ini. Saya percaya UMNO akan gunakan apa sahaja cara untuk melemahkan kita.

“Mereka (UMNO-BN) kata kita bermimpi (untuk tawan Putrajaya) tapi jangan lupa kita pernah menang di Terengganu, Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan malah di Wilayah Persekutuan juga kita menang. Cukuplah dengan sistem sedia ada, kita perlukan perubahan,” katanya.

Bercakap soal Buku Jingga yang dilancarkan PR, Anwar berkata, janji yang terkandung dalam dasar bersama tiga parti itu - PKR, Pas dan DAP - akan dilaksanakan jika PR berjaya menawan Putrajaya.

“Apa yang kita buat dalam Buku Jingga ini adalah buku program yang akan kita laksanakan jika berjaya tawan Putrajaya. Yang penting kita perlu tawan Putrajaya.

“Tawan Putrajaya hari ini, dalam tempoh 24 jam saya akan buat pengumuman, (harga) minyak akan turun, dari Perlis sampai ke Sabah, malah kita akan berikan wang royalti kepada negeri pengeluar minyak sehingga 20 peratus,” katanya.

Anwar, yang juga Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, setiap janji PR akan dilaksanakan.

Buku Jingga yang mengandungi dasar kerajaan Pakatan Rakyat dan 10 inisiatif 100 hari pertama pemerintahan diperkenalkan pada konvensyen keduanya di Pulau Pinang Disember lalu.

No comments: