Kata Presidennya, Datuk Syed Ibrahim Kader: “Dia (pemimpin pembangkang) telefon saya dan memberitahu... Datuk, saya akan beri RM5 juta sekiranya anda bersetuju sertai kami hari ini. Pagi esok saya akan masukkan lagi dalam akaun...jika selepas itu anda membawa bersama orang-orang anda (ahli KIMMA), saya akan masukkan RM50 juta lagi dalam akaun anda. Itu adalah janji dibuat pemimpin pembangkang berkenaan kepada saya beberapa tahun lalu.
“Malah, ketua KIMMA di negeri yang ditawan pembangkang iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang turut ditawarkan pelbagai imbuhan termasuk projek dan jawatan penting dalam kerajaan negeri supaya menyertai mereka.
“Walaupun ahli KIMMA termasuk saya pernah dihujani tawaran lumayan supaya menyertai pembangkang, tetapi maruah masyarakat India Muslim negara ini bukan semurah itu... maruah kami bukan untuk dijual beli.
“KIMMA tidak akan terpedaya mahupun termakan pelbagai janji apatah lagi kami sudah menyokong BN mahupun UMNO sejak dulu lagi. Kami lebih mengenali dan tahu hati budi BN dan UMNO.
“Walaupun pernah berasa kecil hati kerana kesetiaan kami kurang mendapat tempat dan perhatian sebelum ini, namun di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, suara KIMMA serta masyarakat India Muslim kini sudah mula didengari dan mendapat sokongan padu kerajaan,” katanya pada majlis ramah mesra bersama ahli Batu Pahat dan Muar, seperti yang dilaporkan oleh BH.
No comments:
Post a Comment