Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, April 21, 2011

ORANG DAH ANGKAT SUMPAH, BARU NAK MENYUMPAH !

Naib presiden MCA dan juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu menggesa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud meletakkan jawatannya lebih awal daripada jangka masa dua tahun yang dijanjikannya.

Gan berkata Taib perlu mempercepatkan penyerahan kuasa kepada penggantinya selepas menerajui Sarawak lebih 30 tahun memandangkan kemerosotan sokongan terhadap BN pada pilihan raya negeri yang lalu.

“Meskipun BN Sarawak muncul pemenang pada pilihan raya negeri yang berakhir pada 16 April 2011, dan mengekalkan majoriti dua pertiga kuasanya, tetapi yang jelas ketua menteri Sarawak Taib Mahmud tidak lagi mendapat sokongan pengundi Cina,” kata Gan dalam satu kenyataan akhbar.

Mengimbas kembali peralihan sokongan di kalangan masyarakat Cina daripada BN kepada Pakatan Rakyat, Gan juga berkata kumpulan pelbagai etnik lain di Sarawak juga tidak lagi memberi sokongan padu kepada BN.

Gan memuji tindakan SUPP - parti yang 'dibelasah teruk' oleh DAP - untuk menolak mana-mana ADUN Cina bagi jawatan kabinet negeri setelah ditolak oleh pengundi.

Komen : MCA dah terlambat minta Taib Mahmud serah jawatan. kecuali ada hero (anak jantan) di Sarawak seperti Tan Sri Muhyiddin yang boleh menegur Pak Lah agar disegerakan letak jawatan beri laluan Najib menjadi Perdana Menteri. Sepatutnyanya masa sebelum PRN10 hari tu buat perjanjian baru boleh tuntut.

No comments: