Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, April 6, 2011

KELUARGA TAIB KANTOI DOKUMEN HARI INI !

Seorang adik Ketua Menteri calon Muara Tuang gagal menyediakan penyata akaun yang perlu dilampirkan bersama semasa penamaan calon. Tempoh hantar pencalonan adalah sehingga 11.30 pagi. Sehingga jam 1.tengahari BN dan kuncunya mengelabah dan berpeluh mencari penyata akauan tersebut. Ini menunjukkan SPR memang kurang ajar dan tidak mengikut peraturan semata-mata mengikut telunjuk BN. Sepatutnya PAS diistihar menang, namun nak menyelamatkan BN sanggup sampai malam kena tunggu peristiharan.

Lanjut sila rujuk : http://www.malaysiakini.com/news/160739

SEORANG LAGI keluarga Taib iatu anaknya Gagal hadir dan tiada dokumen cuti sakit bersamanya, Sedemikian Shahnaz pohon waran tangkap ke atas Hafiz Yatim.

Selepas gagal menghadiri perbincangan, kes tuntutan fasakh dan juga tuntutan harta sepencarian, Datin Seri Shahnaz Abdul Majid - menantu ketua menteri Sarawak - memohon waran tangkap terhadap suaminya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib.
Permohonan itu dibuat oleh peguam Shahnaz - Dr Mohd Rafie Shafie -
apabila Mahmud Abu Bekir gagal hadir di mahkamah hari ini.
Hari ini ditetapkan sebagai tarikh kes tuntutan harta sepencarian dan tuntutan mutaah (ganti rugi) didengar oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.
Peguam Abu Bekir - Saadiah Din - memaklumkan kepada mahkamah bahawa pelanggannya masih belum pulih daripada pembedahan bahunya di United Kingdom pada 15 Mac dan oleh itu, tidak dapat hadir.
Bagaimanapun, apabila Rafie meminta sijil sakit, yang sepatutnya diserahkan kepada peguam plantif, Saadiah gagal berbuat demikian.

No comments: