Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, April 25, 2011

GEMPAR ! RAKYAT 10 KAMPONG SARAWAK MEMBERONTAK !



Rakyat Kecewa apabila bantahan, laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibuat terhadap pembalakan di tanah mereka tidak mendapat perhatian, penduduk 10 kampung di Tebedu, berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia, semalam mengambil tindakan sendiri meruntuhkan jambatan
dibina syarikat itu.

Jambatan itu dipercayai dibina syarikat pembalakan untuk merentasi Sungai
Suhu bagi mengeluarkan balak dari kawasan berkenaan.


10 buah kampong tersebut ialah :-
1. Penduduk Kampung Temong Bengan
2. Kampung Temong Putah
3. Kampung Temong Mura,
4. Kampung Temong Mawang
5. Kampung Darul Fallah
6. Kampung Darul Huda
7. Kampung Tepoi
8. Kampung Semunti
9. Kampung Sebekar
10.Kampung Sebuhang

Penduduk kampong-kampong ini merayu campur tangan pihak berkuasa menghentikan pembalakan di kawasan tanah mereka sejak pertengahan tahun lalu.

Wakil penduduk, Mani anak Marin, 47, mendakwa syarikat pembalakan bukan saja mengambil balak di hutan berhampiran kampung, malah dusun durian serta sawah padi mereka turut dirosakkan.

Kehidupan mereka kini tidak lagi selesa apabila air sungai yang selama ini menjadi sumber kegunaan harian kini tercemar teruk apabila air yang dulunya jernih kini bertukar kekuningan.

Mani mendakwa penduduk tidak tahu hutan berhampiran kampung itu diteroka syarikat pembalakan, sehinggalah mendengar deruman enjin jentera menjalankan kerja menolak tanah untuk membuat jalan, Jun tahun lalu.

“Selepas diselidik, kami dapati kerja pembalakan dijalankan di hutan itu dan
apabila disoal, pekerja syarikat balak mendakwa mereka menjalankan kerja
yang sah selepas mendapat kebenaran bertulis lima ketua kampung di kawasan
itu,” katanya.
Bagaimanapun, penduduk musykil kerana tidak pernah dimaklumkan mengenai kegiatan itu, malah ketua kampung juga tidak pernah membawa mereka berbincang.

Penduduk yang tidak berpuas hati kemudian mendapatkan surat perjanjian itu ditandatangani lima ketua kampung yang membenarkan kawasan hutan seluas 4,125 hektar diteroka syarikat pembalakan yang berpejabat di Batu Tiga, Kuching.

Penduduk kemudiannya cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak syarikat namun diugut.
Berikutan itu, Mani berkata penduduk membuat laporan polis di Balai Polis Tebedu dan Serian serta membuat laporan kepada SPRM.
“Namun hingga kini, tiada tindakan diambil terhadap syarikat itu, malah kerja pembalakan semakin rancak dilakukan. Siapa yang tidak marah jika ratusan pokok durian, buahan-buahan lain, pokok tapang ditebang dan dijadikan kayu balak.

"Lebih menyedihkan apabila sawah padi kami turut dirosakkan apabila mereka membina jalan balak melaluinya,” katanya.
Mani mendakwa ketua kampung mengambil sikap lepas tangan.
"Kami terpaksa bertindak sendiri kerana kami sedar masalah kami ini tidak diberi perhatian. Sampai bila kami harus menunggu... adakah hingga hutan kami musnah dan semua tanah kami musnah barulah hendak bertindak,” katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Hadiah kerana ngundi BN. Masa pangkah BN kenapa tak pasang sepanduk beritau satu dunia yg org2 serawak memang cinta kasih & syg sngt2 alahai kat be end ni?

antifitnahdajjal said...

Salam
Jangan buruk sangka entah entah waktu PRN serawak derang ne sokong PR mana kita tahu kan...

RemBat© said...

Askum tuan rumah
mohon link blog kartun dari milo suam :
kartunjahanam.blogspot.com

terima kasih.