Semuanya ini adalah gempak dari ketakutan BN di Sarawak yang digembar-gembor oleh blogger BN/UMNO. Dari analisa mereka ekoran dari kununya Akhbar Star telah berkempen untuk DAP secara tak langsung. Kini ditambah dengan kenyataan Timbalan Presiden MCA yanh turut menggesa KM Sarawak meletakkan jawatan.
Biarpun telah tewas dalam pilihanraya DUN Negeri Sarawak yang dibuat, puak pembangkang masih lagi tidak berputus asa untuk menghuru-harakan kepimpinan kerajaan negeri yang diketuai Taib Mahmud. Kali ini mereka menggunakan isu kaum pula dalam kempen busuk mereka..
Baru-baru ini tersebar berbagai khabar angin Pakatan rakyat mempengaruhi ADUN-ADUN BN yang menang supaya memboikot kabinet baru Kerajaan negeri yang diketuai kepimpinan Taib Mahmud.
Kata mereka daripada 35 kerusi BN, Taib Mahmud hanya mempunyai 26 sahaja ADUN Melayu/melanau manakala 29 lagi adalah bumiputra Sarawak. Bagi menjatuhkan Taib, ADUN-ADUN bumiputra boleh mendesak Taib Mahmud dengan mengugut untuk melompat parti kepada PR jika enggan melaksanakan kehendak mereka.
Benarkah demikian?
Masalah dipercayai timbul apabila kepimpinan BN Sarawak hendak menetapkan siapa lebih sesuai dilantik dalam kabinet kerajaan negeri. Apabila nama Dato Seri Wong Soon Koh disebut sebagai bakal Timbalan Ketua Menteri, ramai yang mengeluarkan pendapat masing-masing sehingga wujud spekulasi pertikaian SUPP terhadap kedudukan tersebut.
Semoga dosa BN di Perak akan tertebus di Sarawak dalam masa terdekat.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment