Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, March 1, 2011

PM UMNO TERTIPU MENTERI MCA ?

PUTRAJAYA 28 Feb. – Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan menipu Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) melibatkan kos pembangunan hampir RM1.9 bilion, kira-kira 7 tahun lalu.

Kong Choy, 55, didakwa menyembunyikan fakta mengenai pembiayaan kos pembangunan sehingga Abdullah bersetuju supaya kelulusan diberikan kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) selaku pemaju siap guna (turn-key developer).

Fakta-fakta yang disembunyikan ialah pembiayaan tersebut akan dibiayai melalui terbitan bon oleh KDSB melalui tiga syarikat berlainan dengan sokongan Kerajaan Malaysia menerusi Menteri Pengangkutan.

Abdullah selaku Perdana Menteri (ketika itu) tidak akan memberikan persetujuan jika fakta-fakta tersebut dimaklumkan kepada beliau.

Ketiga-tiga tuduhan didakwa dilakukan di antara 24 Februari 2004 dan 29 Mac 2006 di Tingkat 4, Blok Utama, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di sini.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menetapkan kes disebut pada 31 Mac ini.

Kong Choy merupakan bekas menteri Kabinet kedua diheret ke mahkamah berhubung skandal PKFZ di Pelabuhan Klang (dahulu dikenali sebagai Mega Distribution Hub) selepas Tun Dr. Ling Liong Sik serta beberapa individu lain didakwa.

Liong Sik kini menunggu dibicarakan kerana dakwaan menipu Jemaah Menteri melibatkan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion, hampir lapan tahun lalu.

Kong Choy yang diiringi pegawai-pegawai polis tanpa digari dilihat memeluk isteri, Puan Sri Ann Chan serta seorang anak perempuannya ketika tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 2.05 petang.

Bekas menteri kanan itu dibawa keluar dari pekarangan mahkamah oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda selepas dibebaskan dengan jaminan RM1 juta kira-kira pukul 4.35 petang.

‘‘Saya terkejut dengan pendakwaan ini namun yakin dengan sistem kehakiman negara. Saya akan melaluinya (perbicaraan) demi membersihkan nama,’’ ujarnya ringkas kepada pemberita sebaik sahaja diikat jamin.

Sebelum itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai pasukan pendakwaan memberitahu mahkamah, kedua-dua pihak bersetuju agar jaminan RM1 juta dengan seorang penjamin dikenakan terhadapnya.

Beliau yang hadir bersama Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad dan Manoj Kurup memohon tarikh sebutan bagi membolehkan beberapa perkara berbangkit dikenal pasti demi mengelakkan isu-isu yang tidak berkaitan ditimbulkan ketika perbicaraan.

Bekas Menteri Pengangkutan itu diwakili peguam-peguam Arthur Wang, Azad Bashir dan Badrul Munir Bukhari.

Bagi tuduhan pertama, Kong Choy didakwa menipu Abdullah sehingga bekas Perdana Menteri itu bersetuju agar kelulusan diberikan bagi projek pembangunan Transshipment Hub di Pulau Indah Free Zone.

Ia meliputi kawasan seluas 404.7 hektar dan dibangunkan dalam fasa berasingan dengan anggaran kos kira-kira RM1 bilion.

Fakta yang didakwa disembunyikan ialah kos pembangunan akan dibiayai melalui terbitan bon oleh KDSB melalui syarikat Transshipment Megahub Berhad.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di antara 24 Februari dan 25 Februari 2004 di Pejabat Perdana Menteri.

Tuduhan kedua, Kong Choy didakwa memperdayakan Abdullah sehingga bekas Perdana Menteri bersetuju agar kelulusan diberi kepada KDSB untuk melaksanakan kerja- kerja pembangunan tambahan bagi projek PKFZ iaitu:

* Menaik taraf simpang masuk ke PKFZ berjumlah RM285.38 juta.

* Kerja-kerja infrastruktur elektrik berjumlah RM135 juta.

* Pembangunan hotel kelas perniagaan berjumlah RM90 juta.

Fakta yang didakwa disembunyikan ialah kos pembangunan akan dibiayai menerusi terbitan bon oleh KDSB melalui syarikat Valid Ventures Bhd.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di antara 11 Oktober dan 28 Oktober 2005 di tempat yang sama.

Tuduhan ketiga, Kong Choy didakwa memperdayakan Abdullah sehingga beliau bersetuju agar kelulusan diberi kepada KDSB untuk melaksanakan lima fasa pembangunan tambahan bagi projek PKFZ iaitu:

* Kerja-kerja membina parit konkrit (concrete trenching) untuk kabel elektrik berjumlah RM140.2 juta.

* Kerja-kerja elektrikal untuk bekalan 33 kv ke Presint 2 dan Presint 8 berjumlah RM80 juta.

* Kerja-kerja infrastruktur PMU untuk PKFZ berjumlah RM30 juta.

* Pembinaan jalan menghubungkan PKFZ ke Pelabuhan Barat berjumlah RM28.1 juta.

* Pembinaan jalan menghubungkan laluan masuk utama ke PKFZ dengan CT4 Pelabuhan Barat berjumlah RM57.5 juta.

Fakta yang didakwa disembunyikan bahawa kos pembangunan akan dibiayai melalui terbitan bon oleh KDSB menerusi syarikat Free Zone Capital Bhd.

Kesalahan didakwa dilakukan di antara 28 Mac dan 29 Mac 2006 di tempat serupa.

Bekas menteri Kabinet itu didakwa bagi ketiga-tiga tuduhan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Projek PKFZ yang dibina di atas kawasan seluas 400 hektar sebagai hab penghantaran kargo bersepadu telah menimbulkan kontroversi apabila kosnya melambung daripada RM2 bilion kepada RM4.6 bilion.

Berikutan itu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang mengadakan siasatan telah memperakukan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis melakukan siasatan selepas mendapati beberapa perkara yang dibuat tidak mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

2 comments:

BUJANG SUSAH said...

Biasa ler tu.. salah satu syarat untuk jadi Menteri Perdana Malaysia... Dia mestilah seorang yang bodoh. Kah..kah..kah..kah..

Anonymous said...

integrity ................integrity ..................integrity............integrity..............integrity???