Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, March 31, 2011

PEGAWAI KASTAM SUAMI ISTERI PENYANGAK WANG !, DALAM KERAJAAN BN


Rumah penuh wang: Pengarah kastam direman?
Pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bergelar Datuk, yang ditahan reman bersama isteri di rumahnya di Temerloh kelmarin oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mungkin bertaraf pengarah.


Demikian menurut sumber yang belum disahkan, tetapi paling heboh sedang diperkatakan di negeri Pahang. PAHANG ! PAHANG ! PAHANG !
Rakyat Malaysia harap, kes ini janganlah umpama kambing hitam untuk menutup kerja yang sama melibatkan ratusan skandal sebegini.

Bagaimanapun sumber rasmi, belum mendedahkan identiti pegawai kanan kastam yang mana isterinya juga pegawai kanan agensi tersebut. Media semalam melaporkan SPRM
menemui ratusan ribu ringgit wang tunai berselerakan ketika menyerbu rumah seorang pegawai kanan kastam di Temerloh.

Pegawai kastam berkenaan dan isterinya, juga seorang pegawai kastam disyaki terbabit dalam kegiatan yang turut membabitkan sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis KDRM di seluruh negara.

Sindiket terancang itu dipercayai terbabit dalam pengisytiharan barangan import di bawah nilai sebenar cukai kastam, mengelak cukai pendapatan, pengubahan wang haram dan penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara menggunakan penggurup wang serta perlakuan jenayah rasuah.

Jenayah itu dilumpuhkan oleh pasukan bertindak khas dianggotai KDRM, Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dua agensi lain, diketuai oleh SPRM dalam operasi serentak secara besar-besaran pada jam 10 pagi kelmarin di Pulau Pinang, Pahang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, berkata berikutan itu, pihak berkuasa sudah membekukan lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan mengikut peruntukan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.

“Saya hanya bagi klu bahawa pegawai tersebut mungkin berasal dari sebuah kampung di Temerloh. Beliau pernah aktif dalam Pemuda Umno beberapa ketika dulu,” kata sumber yang tidak mahu mendedahkan identitinya.

Mahkamah Majistret Kuantan semalam mengeluarkan arahan menahan reman pasangan berusia 50-an itu selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan dan penjara tidak lebih 20 tahun.

Siasatan juga membabitkan kesalahan Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 selain Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.


Posted by Selamatkan Pahang

2 comments:

mr and mrs azman said...

Begini lah nasib kita rakyat malaysia,,, yang miskin nak mkn pun susah yang kaya bertambah kaya terima kasih pada SPRM kerana anda telah berani mendedah SIAPA KASTAM SEBENARNYA,,, KERANA PENGARAH NI SEKOR HABIS SUSU SEBELANGA... KASTAM OH KASTAM PENGARAH KAYA RAYA BESOK LUSA PENGARAH NI MATI ANAK2 BUAH PENGARAH AKAN JADI PENGARAH PULAK ADAKAH BENDA SAMA TERJADI... pergi ke Mekah tak jumpa Masjid Al Haram pergi ke Madinah Tak jumpa Masjid Nabi PASAL PERUT DIPENUHI ULAT2 DAH NAJIS ANAK2 JADI KAKI PENYAGAK KERANA DODOK BG SUMBER HARAMM....BERTAUBAT LAH NAK AMBIL RASUAH AMBIL LAH TAPI BUAT LAH BANTU MAKCIK2 YANG TAK ADE BERAS DIRUMAH AMBIL LAH RASUAH BANYAK2 BANTULAH IBU2 TUNGGAL NAK AMBIL RASUAH AMBIL LAH TAPI BERILAH KEPADA INSAN YANG MEMERLUKAN ANAK2SEKOLAH YANG TIADA DUIT DLM POKET UNTUK BELAJAR KAMU BUTA MATA HATI KAH WAHAI PENGARAH,,, AKU SUKA ORG YANG AMBIL RASUAH TAPI BERKOGSILAH DGN RAKYAT YG MISKIN

Yong said...

Jika benar dia perantara orang atasan, dia bukan kambing hitam, tapi lembu hitam kerana bodoh.