Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, March 14, 2011

PAKATAN RAKYAT SANGAT BERJAYA TADBIR SELANGOR !

Selangor Catat Pelaburan Tertinggi di Malaysia Tanpa Bantuan Pusat

Selangor tetap catat pelaburan tertinggi, walau tanpa bantuan pusat

SHAH ALAM, 4 Mac – Walaupun kerajaan pusat menafikan (menyekat) pelbagai inisiatif pelaburan kepada Selangor namun di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, negeri itu tetap mencatat pelaburan tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia dengan jumlah pelaburan RM6.533 bilion tahun lalu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam temuramah bersama Selangor Kini berkata, Selangor mempunyai sumber dalaman yang mencukupi bagi menjana pembangunan ekonomi negeri sekaligus menarik minat para pelabur tempatan serta pelabur asing.

“Tak ada, kita bernasib baik oleh kerana pasaran dan keadaan negeri memang sudah ada. Ini dapat kita lihat daripada jumlah pelaburan dan bentuk-bentuk pelaburan yang dibuat oleh pelabur asing dan pelabur-pelabur dalam negeri berbanding dengan pelaburan-pelaburan yang dibuat di seluruh Malaysia umpamanya di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor dan sebagainya,” jelas beliau.

Kata beliau, walaupun ada masanya Selangor turun ke tangga kedua tetapi jumlah pelaburan yang diterima setiap tahun stabil, dan ini mencerminkan kekuatan Selangor dari segi menjana pendapatan yang konstan daripada pelaburan yang diterima oleh negeri itu.

“Apabila kita melihat itu, kita mendapat satu gambaran, bagaimana bentuk pelaburan di Selangor. Pertama secara konsisten, Selangor antara yang teratas dari segi jumlah pelaburan. Kadang-kadang nombor dua, tetapi kita tidak lari dari angka tersebut dalam apa keadaan sama ada ekonomi merosot atau meningkat,” kata beliau lagi.

Jelas beliau, peningkatan jumlah pelaburan itu membuktikan keyakinan pelabur terhadap negeri Selangor sebagai destinasi pelaburan utama di Malaysia.

Selangor menyumbang sebanyak 31 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan negara dan merupakan penyumbang tertinggi di negara ini, dengan RM2.76 bilion pelaburan diperolehi menerusi pelaburan tempatan manakala baki RM3.78 bilion ialah dari pelaburan asing.

Melalui pelaburan tersebut, kerajaan negeri telah meluluskan sebanyak 245 projek sekaligus mewujudkan 16,966 peluang pekerjaan di negeri tersebut.

Dari jumlah tersebut, sebanyak 154 projek adalah projek baru dengan nilai RM2.5 bilion manakala 91 projek lagi merupakan projek pembesaran dan projek pelbagai yang bernilai RM4.01 bilion.

Ini merupakan satu peningkatan berbanding tahun 2009 di mana Selangor hanya memperoleh pelaburan sebanyak RM2.718 bilion dengan 138 projek dan mewujudkan 11,059 peluang pekerjaan.

No comments: