Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, March 11, 2011

NAMPAK SANGAT MENGHINA SLOGAN 1MALAYSIA KERAJAAN BN !

Memang tindakan ROS ..NAMPAK SANGAT sengaja menyusahkan Pakatan Rakyat. Tiada alasan kuat bagi ROS menolak permohonan Pakatan PAS, DAP dan PKR untuk menggunakan pendaftaran Pakatan Rakyat bagi gabungan 3 parti tersebut. Apataknya, pendaftaran NGO Melayu PERKASA dan akhbarnya yang dipohon oleh Dato Ibrahim Ali sekejap sahaja diluluskan ROS . Tapi kalau Pakatan Rakyat setahun tak tentu lagi lulusnya. Kita memang faham perangai buruk mereka yang bersengkokol dengan UMNO/BN namun tindakan mereka makan diri dan tidak sedar diri. Mereka lupa PM (DS Najib ) telah membuat kenyataan BESAR di DUN Kerdau semasa kempen PRK tempohari bahawa beliau mahu menjadi Perdana Menteri yang adil ! Dan ditambah dengan slogan Satu Malaysia. Tapi tindakan ROS ini seolah-olah bukan SATU MALYSIA dan terang-terang tidak adil.


Dewan Rakyat: Pakatan Pembangkang Tertekan ROS Belum Lulus Pendaftaran
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) mempermudahkan urusan pendaftaran gabungan pembangkang yang kini dikenali sebagai 'Pakatan Rakyat' bagi mewujudkan sistem politik dua parti dalam negara ini.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, sikap birokrasi ROS menyebabkan parti pembangkang tertekan sejak dua tahun lalu permohonan itu diserahkan.

"Kami menghadapi tekanan yang berterusan, syor saya kepada ROS ialah agar urusan ini dipermudahkan.

"Kalau ada mana-mana halangan, itu peraturan yang boleh diubah. Benarkan kami mendaftar.

"Kemudian baru kita akan ada sistem politik dua parti seperti yang dihasratkan oleh rakyat," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman bahawa pembangkang tidak memenuhi syarat tujuh anggota seperti yang ditetapkan.

Malah Abdul Rahman berkata, beliau tidak tahu-menahu jika ada tanggapan atau kenyataan sebelum ini menyebut pakatan pembangkang boleh membentuk satu gabungan parti walaupun hanya ada tiga anggota.

Beliau juga menolak dakwaan Pendaftar ROS sebelum ini, Datuk Md. Alias Kalil bahawa pakatan itu boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan tidak terpakai bagi parti politik.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, pihaknya kesal dengan alasan ROS yang dianggap remeh serta seolah-olah sengaja menghalang usaha gabungan PKR-PAS-DAP menjadi sebuah pakatan yang sah.

"Mengapa sekarang baru mereka nyatakan syaratnya mesti tujuh anggota, kenapa selepas dua tahun kita kemukakan permohonan?

"ROS sengaja mengikat kita dengan kerenah birokrasi dan syarat yang bukan-bukan," katanya

No comments: