Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, March 21, 2011

KETUA BAHAGIAN UMNO SONGLAP BALAK 15 RIBU HEKTAR?

Saudara Mazlan Aliman selaku Ketua Penerangan PAS Negeri Johor telah membuat satu laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Central Johor Bahru terhadap salah laku yang dilakukan oleh YB Dato' Abd Hamid bin Abdul Rahman ADUN Machap, Johor selaku Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam. Beliau didakwa telah mendapat konsesi mengeluarkan kayu balak di kawasan yang telah digazetkan sebagai hutan simpan. Berikut adalah kandungan Laporan Polis yang telah dibuat:

Laporan Polis di Ibu pejabat Polis Central Johor Bahru.

18 hb. Mac 2011.

Aduan terhadap :

1. YB Dato' Abd Hamid bin Abd Rahman, ADUN Machap

2. Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Johor.

3. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor.

4. Pentadbir Tanah Daerah Mersing.

Muqadimah

Hutan Simpan Semberong Tambahan telah diwartakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor pada 3 hb Mac 2005 melalui no warta 362. Ianya terletak di Kahang di antara Daerah Kluang dan Mersing dengan anggaran keluasan 15,000 ekar.

Aduan

1. Mengapa Syarikat Hamid Sawmill Sdn Bhd yang dimiliki oleh YB Dato' Abd Hamid bin Abd Rahman, ADUN Machap mendapat konsesi mengeluarkan kayu balak di kawasan yang telah digezetkan sebagai hutan simpan?

2. Mengapa Syarikat Hamid Sawmill dibenar membuka Ladang Hutan Getah di kawasan Hutan Simpan Semberong Tambahan sedangkan telah ada papan tanda larangan memasuki kawasan hutan simpan kekal, mengambil dan menebang isi hutan serta membuat kerosakan khazanah hutan?

3. Mengapa Syarikat Hamid Sawmill dibenarkan mengusahakan aktiviti pertanian seperti tanaman keledek sedangkan telah ada papan tanda larangan meneroka tanah dan pertanian?

4. Adakah Pejabat Tanah dan Galian Johor, Jabatan Perhutanan Negeri Johor dan Pejabat Tanah Daerah Mersing terlibat memberi kelulusan terhadap aktiviti mereka?

Aduan dibuat berdasarkan maklumat yang diterima dan tinjauan sendiri di lokasi bekaitan. Siasatan dan tindakan mesti dibuat segera kerana dakwaan membabitkan syarikat milik seorang wakil rakyat yang menunjukkan contoh buruk selaku pemimpin masyarakat.

Hutan simpan dah jadi Ladang Hutan Getah. Siap terpampang lagi nama Syarikat Hamid Sawmill Sdn Bhd.

ReJaM© "Banyak lagi skandal pemimpin BN akan didedahkan dalam masa yang terdekat ini..."

2 comments:

Anonymous said...

Mazalan Aliman ni buat kerja memang tak pernah check fakta.main redah je.

sebelum ni suhaizan kayat dah buat report. benda dah dijawab. Isu ni pun dah dijawab didalam sidang DUN negeri Johor.

1)Mengapa Syarikat Hamid Sawmill Sdn Bhd yang dimiliki oleh YB Dato' Abd Hamid bin Abd Rahman, ADUN Machap mendapat konsesi mengeluarkan kayu balak di kawasan yang telah digezetkan sebagai hutan simpan?

- dia bukan dapat konsesi mengeluarkan kayu balak la. Tanah ni telah diluluskan untuk tujuan Program Ladang Hutan Getah atau Latex Timber Clone (LTC) pada September 2007.

2) Mengapa Syarikat Hamid Sawmill dibenarkan mengusahakan aktiviti pertanian seperti tanaman keledek sedangkan telah ada papan tanda larangan meneroka tanah dan pertanian?

- sementara nak tunggu getah besar, buat la tanaman lain yang boleh. ni la orang kata menghargai tanah tu. kalau nak tunggu getah besar, lambat lagi. sementara tu buat la pertanian dulu..dapat juga hasil.


mazlan aliman dah takde isu, buat keluar balik benda2 lama yang dah pun dijelaskan dalam sidang dun.

zul_neem said...

assalamualaikum


Jawapan yang tepat apabila pihak polis membuat penyiasatan keatas laporan yang dibuat dan mengambil tindakan keatas kes yang berkaitan dengan nya.

Jawapan yang tepat apabila Yb yang terlibat mengambil tindakan mahkamah menyaman keatas pihak atau individu yang membuat laporan palsu keatasnya dan meminta maaf secara terbuka melalui akhbar perdana.

Selain dari itu mari kita tunggu dan lihat babak seterus atau mari kita lihat siapa yang kena.Jeng-jeng-jeng......