Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Wednesday, March 30, 2011
KATA .. BN KUAT TAPI SEKAT DS ANWAR BECAKAP DAN LARANG SIVARASA MASUK SARAWAK !
Percayalah, selagi demokrasi TIDAK diamalkan secara telus dan dikendalikan lebih profesional oleh pengendali bebas seperti SPR peluang Pakatan Rakyat menang memang terbuka luas. Malangnya Malaysia mempunyai parti pemerintah yang bingai, penipu dan perasuah khususnya BN dan para pemimpinnya yang tidak rasional, bersifat tidak anak jantan dan memperkudakan institusi, agensi dan jabatan kerajaan sebagai alat berkempen, markas kempen dan sebagainya. Selain itu, para pemimpin parti kerajaan terlalu bersikap tamak dan gila kuasa dan terdesak membuat fitnah yang mengada-ngada.
Dan terkini BN tahu mereka akan kalah namun tektik jahat ditambah den gan menghalang ayam tambatan PKR Sivarasa dari memasuki Sarawak. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang berucap di satu majlis PKR Sarawak di sebuah kedai makan di Ban Hock Road di Kuching, malam semalam dilarang berucap atas alasan perhimpunan itu tidak mendapat permit daripada polis.
Menurut Bernama, Anwar yang tiba di kedai makan itu pada jam 7.30 malam dan kemudiannya dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kok Keong bahawa beliau tidak dibenarkan berceramah kerana tiada permit.
Mun bagaimanapun dikatakan membenar Anwar membuat ucapan ringkas dengan syarat ia dilakukan di dalam kedai makan itu dan tidak mengganggu lalulintas.
Akhbar See Hua Daily News pula melaporkan polis cuba memberhentikan majlis itu sebelum ketibaan Anwar lagi.
Mun dilaporkan merampas mikrofon apabila ADUN Kuala Sepetang yang juga bekas exco Perak Tai Sing Ng sedang berucap dan menuntut beliau menunjukkan kad pengenalannya.
Selepas berunding dengan ADUN Padungan Dominique Ng, penganjur majlis bersetuju supaya upacara itu diadakan di dalam kedai kopi tanpa menggunakan sebarang mikrofon.
Namun, hanya segelintir daripada hadirin yang berjaya menyelitkan diri ke dalam kedai kopi itu, dengan ratusan lagi berada di luar. Menurut See Hua Daily News, jumlah yang hadir adalah 800 orang.
Ng berjaya berucap dengan kebanyakan hadirin berpeluh kerana kepanasan kira-kira 20 minit sebelum Anwar tiba.
Pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 akan diadakan pada 16 April.
Hari penamaan calon ditetapkan 6 April.
Ketika dihubungi, Ng berkata majlis malam semalam itu juga bertujuan meraikan ulang tahun ke-12 PKR di Sarawak.
“Kami juga ada membawa kek hari jadi untuk acara itu. Adakah sambutan hari jadi sekarang ini pun aktiviti haram?” soalnya.
Pilihan raya sepatutnya adalah satu-satunya amalan harmonis dan manusiawi dalam sistem demokrasi yang diamalkan di kebanyakan negara-negara di dunia sejak sekian lama yang memberi peluang secara langsung kepada rakyat memilih pemimpin mereka secara bebas, terbuka dengan mengikut undang-undang atau Perlembagaan negara atau negeri masing-masing. Di Malaysia, sudah 12 kali pilihan raya umum diadakan sejak awal merdeka lagi pada tahun 1959 hingga pilihan raya ke 12 pada tahun 2008. Pilihan raya umum ke 10 Sarawak satu lagi peluang rakyat untuk memilih atau mengundi secara terbuka, bebas dan menyuburkan amalan demokrasi pada alaf baru ini.
Apakah masih diharapkan ciri-ciri kebebasan dalam amalan sistem demokrasi, sikap keterbukaan 'elit politik' dan situasi kondusif untuk rakyat mengenali erti demokrasi sebenar di Malaysia menjadi suatu yang nyata. Atau sekadar benar-benar menempuh kesukaran dan keperitan dalam masa penguasaan politik yang cukup lama di bawah parti-parti yang bergabung di bawah BN. Lagi dahsyat semasa 20 tahun di bawah kepimpinan Dr Mahathir demokrasi seperti menuju ke alam gelap gelita di mata rakyat untuk mengenal apa itu demokrasi sebenarnya. Dengan kebebasan media sama ada elektronik atau cetak yang dimonopoli sepenuhnya BN, sikap mengugut rakyat, rasuah politik dan bermacam-macam lagi tindakan yang bersifat monopoli. Sementara kem pembangkang hanya mengharap ruang berkempen dalam masa cukup terhad, disekat pula dan selain itu difitnah secara tidak bertamadun oleh penguasa elit politik yang berselindung di balik bangunan kerajaan, agensi kerajaan dan sebagainya mempengaruhi rakyat supaya memilih calon-calon BN.
Percayalah, selagi demokrasi diamalkan secara telus dan dikendalikan lebih profesional oleh pengendali bebas seperti SPR. Sementara parti pemerintah khususnya BN dan para pemimpinnya lebih bersikap rasional, anak jantan dan tidak memperkudakan institusi, agensi dan jabatan kerajaan sebagai alat berkempen, markas kempen dan sebagainya. Selain itu, para pemimpin parti kerajaan tidak terlalu bersikap tamak dan gila kuasa. Insya-Allah, peluang parti-parti pembangkang di Sarawak, Sabah dan Semenanjung akan lebih baik dalam pilihan raya umum kebangsaan ke 13 akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment