KOTA BHARU, 7 Mac 11: Tindakan UMNO-BN membelakangkan demokrasi bakal menjadi bom jangka yang akan meletup bila-bila masa. Demikian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin Umno dan BN.
“Ia bakal menjadi bom jangka yang dilemparkan oleh golongan ini kemudian hari nanti, jadi beringat-ingatlah, jangan berbuat sesuka hati,”ujarnya.
Sambungnya, sekiranya Hosni Mubarak seorang yang berkuasa besar akhirnya digulingkan oleh rakyat sendiri, apa lagi di Malaysia, ia juga boleh berlaku.
Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengingatkan pemimpin tertinggi Umno tidak perlu bermegah dengan kemenangan calon mereka di dua pilihanraya kecil, Merlimau dan Kerdau, kerana perlawanan itu tidak berlandaskan demokrasi.
Menurutnya, PAS bukan menentang calon Umno sebaliknya parti kerajaan yang disokong oleh segala gentera kerajaan negeri dan Persekutuan. Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas keputusan dua pilihanraya kecil di Dun Merlimau dan Kerdau, selepas mesyuarat Ecer tengahari tadi.
Beliau berkata, di Malaysia walaupun mengamalkan demokrasi, namun hakikatnya ‘dia mahu kerasi’ sehingga pilihanraya sebenar sudah tidak wujud di negara ini. Menurutnya, PAS sebagai sebuah parti telah menentang calon kerajaan pemerintah dan bukannya menentang calon parti Umno atau BN.
“Ini amat tidak adil, ia berdosa dunia akhirat. Kerana itu golongan muda sekarang semakin memahami masaalah demokrasi semakin tiada di negara ini sehingga mereka menjadi ‘pendendam’ akibat membelangkan demokrasi yang mereka pelajari.
Menurutnya, beliau sebagai anggota PAS sekali-kali tidak meredhai dunia akhirat pada mana-mana pemimpin negara terhadap pengkhianatan demokrasi dalam apa juga perkara terutama dalam pilihanraya. Walaupun akur dengan keputusan pilihanraya terbabit, namun hakikatnya keputusan sebenar tidak sedemikian.
“Tengok semalam sebagai contohnya, bagaimana seorang penyokong Umno yang telah menyertai PAS tiba-tiba mengisytiharkan semula menyertai Umno.
“Kenapa perkara ini berlaku sekiranya tiada tekanan demi tekanan, ini bukan demokrasi,”ujarnya.
Langkah ini dianggap sama dengan kes seorang bekas pegawai polis yang membuat kenyataan hemat diri mempertikaikan Perdana Menteri dalam kes Altantuya Shaariibuu tetapi tiba-tiba keesokannya menukar balik kenyataannya itu.
Ketika ditanya adakah pengundi Melayu turut menolak PAS pada pilihanraya kecil baru-baru ini di peti undi tertentu apabila didapati kurang sokongan, beliau berkata apa yang dipertikaikannya sekarang ialah soal demokrasi. Beliau turut mendakwa rakyat masih disogok dengan pembangunan walaupun ianya dibuat apabila tiba waktu pilihanraya sahaja. (IH/Sumber Harakah)
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Tepat apa yang dikatakan TGNA,bahawa UMNO maukan "kerasi" bukan demokrasi.Soalnya apa persediaan PAS untuk menghadapi "kerasi" ni? Adakah wajar disambut dengan "Kerasi"juga atau disambut dengan "halusi"? Disinilah bermulanya persimpangan strategi,menghadapi yang keras dengan keras,atau menghadapi keras dengan lembut.Api tak munkin ditentang dengan api,bukit dan gunung yang berbatu tak munkin dilawankan dengan bukit dan gunung.Soalnya,dalam PAS siapakah yang akan memikirkan masaalah ini?
assalamualaikum
Sudah dimaklumkan bahawa Pas ada sejarah pembinaannya,ada method dan wasilah,realiti jadi sandaran,alquran dan sunnah menjadi guidance,pihak lawan menjadi sasaran dakwahnya,hukum hakam adalah asasnya,intelektual dan fikrah alami(islam) penggeraknya sudah pasti cukup mahir dan tepat ramalannya keatas kerajaan yang diamanahkan untuk menjalan satu bentuk kerajaan yang adil dan berwibawa akan musnah bila berlawanan dengan teras dokongan keadilan iaitu demokrasi yang menjadi tunjang sesebuah negara itu.Itu luahan tuan guru nik Aziz yang melihat trend anutan pemerintah sekarang (BN) yang menguasai pemerintahan negara dan memimpin rakyat kearah sebagaimana yang dialami oleh negara Mesir antara rakyat dan parti hosni mubarak yang korup lagi menindas rakyat yang dibelengu dan dikepong oleh penyokong-penyokong yang bersekongkol dengan mereka iaitu agensi-agensi kerajaan dan sistem kepolisan dan undang-undang.Akhirnya berlakulah revolusi diMesir baru-baru ini.Bagi saya masalah bentuk perlawanan dinegara kita adalah ditentukan oleh rakyat yang tertindas lagi dibelengu setelah Pas melakukan presentation antara yang hak dan batil kepada rakyat umumnya.
Post a Comment