KBS: UBAH DASAR, BUKAN KOSMETIK
Sebagai bekas Setiausaha Agung dan Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, saya mengalu-alukan hasrat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin melakukan perubahan ke atas Kementerian Belia dan Sukan. Saya amat berharap agar perubahan ini adalah sesuatu yang bersifat mendasar, dan bukannya perubahan kosmetik saja. Sebelum ini saya pernah mencadangkan beberapa perubahan yang difikirkan perlu. Dalam tulisan “Mansuhkan Kementerian Belia dan Wanita” pada 8 April 2009, saya berhujah:
Sebagai tambahan kepada apa yang saya tulis sebelum ini, biarlah saya menambah bahawa Kementerian Belia dan Kementerian Wanita elok juga dimansuhkan. Cadangan memansuhkan Kementerian Belia bukanlah sesuatu yang baru. Sewaktu menjadi Setiausaha Agung MBM, saya pernah menyarankan agar kementerian ini dimasuhkan.
Alasan saya ialah belia dan wanita adalah kelompok sasar yang bersifat cross-sectoral. Isu belia dan wanita ada dalam bidang pelajaran, pekerjaan, ekonomi, keusahawanan, pelancongan, sains dan teknologi, keselamatan dan lain-lain. Oleh itu, ia tidak wajar dilihat sebagai peranan Kementerian Belia atau Kementerian Wanita semata-mata.
Isu-isu tumpuan yang digariskan dalam World Programme of Action for Youth (WPAY) yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1995 dan 2007 (WPAY+5) adalah bersifat cross-sectoral dan memerlukan penglibatan semua kementerian dan agensi kerajaan. Adalah tidak adil untuk membebankan satu kementerian sahaja iaitu Kementerian Belia untuk menangani kesemua isu-isu ini.
Di Filipina, tidak ada Kementerian Belia. Begitu juga di banyak negara lain. Kerajaan mewujudkan National Youth Commission atau Suruhanjaya Belia Kebangsaan yang diletakkan di bawah Pejabat Presiden. Hal yang sama ingin saya cadangkan di negara ini. Ia boleh diketuai oleh seorang Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif yang berumur bawah 40 tahun (mengikut Dasar Belia Negara). Ahli-ahli suruhanjaya ini juga boleh dilantik dari kalangan belia yang mewakili pelbagai bidang strategik seperti pendidikan, ekonomi, pekerjaan dan lain-lain.
Fungsi suruhanjaya ini ialah menentukan arahtuju, membuat dasar dan melakukan koordinasi program-program pembangunan belia melibatkan pelbagai kementerian, jabatan kerajaan, kerajaan-kerajaan negeri dan PBT. Suruhanjaya ini diletakkan dan bertanggungjawab secara langsung kepada Perdana Menteri. Struktur yang sama boleh digunapakai untuk wanita.
Saya fikir ini ialah salah satu pendekatan yang boleh digunakan oleh Najib dalam usaha melakukan perubahan dan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian.
Sementara itu, dalam tulisan saya bertajuk, “Mantapkan Perjuangan Belia” pada 7 Januari 2010, saya menulis:
Selain itu, saya juga meminta kerajaan untuk menimbangkan cadangan saya terdahulu untuk menubuhkan Suruhanjaya Belia Kebangsaan (National Youth Commission) bagi menggantikan Kementerian Belia. Pengerusi dan anggota suruhanjaya ini hendaklah terdiri dari mereka di bawah usia 40 tahun agar selari dengan akta yang diwujudkan. Kalau pun ini tak dapat dilakukan, saya mencadangkan kepada Perdana Menteri akan melantikan menteri dan timbalan menteri di KBS bawah usia 40 tahun.
Saya kesal kerana saya pernah menulis surat kepada bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta ada perwakilan belia bawah umur 40 tahun menduduki pelbagai suruhanjaya dan jawatankuasa peringkat kebangsaan, namun jawapan yang diterima mengecewakan. Sampai sekarang tidak ada anggota bawah umur 40 tahun dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia serta pelbagai suruhanjaya dan “advisory council” yang lain. Adakah anak muda kita tidak ada kemampuan?
Ketiga, akta ini juga menentukan bahawa pendaftaran pertubuhan belia dibuat di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), dan bukannya Pendaftar Pertubuhan (ROS) seperti sebelumnya. Sewaktu perbincangan deraf akta, saya membantah penubuhan ROY. Alasan saya mudah, KBS hendaklah bertindak sebagai pembimbing, bukannya “polis” kepada pergerakan belia. Peranan KBS lebih bersifat “delevopmental”, bukannya “enforcement.” Pegawai-pegawai kanan KBS memberikan jaminan bahawa mereka memahami apa yang saya sebutkan dan itu jugalah aspirasi mereka. Kalau begitu, baguslah. Saya akan memerhatikan dan menentukan ia dilakukan dengan betul seperti dijanjikan.
Sebagai langkah awal, saya ingin mencadangkan agar KBS dan Jabatan Belia dan Sukan tidak mengadakan aktiviti secara langsung. Berikan tugasan dan peruntukan melaksanakan aktiviti ini seluruhnya kepada semua pertubuhan belia (peringkat kebangsaan, negeri, daerah atau kampung). Biar mereka semarakkan aktiviti. Tugas KBS ialah pantau dan tentukan aktiviti-aktiviti ini memenuhi spesifikasi yang dipersetujui bersama. Pegawai KBS usahlah berebut hendak menganjurkan aktiviti dengan persatuan belia. Cukup mainkan peranan sebagai pembimbing seperti yang disebutkan terdahulu.
Tentunya, sebagai orang di luar gelanggang, saya hanya dapat memberikan pandangan. Saya sudah melaksanakan apa yang patut dilakukan. Sekarang terserahlah kepada kepimpinan baru MBM untuk meneruskan agenda perjuangan.
Sekiranya mereka inginkan pandangan, saya katakan bahawa perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengkaji semula Dasar Belia Negara dan Dasar Pembangunan Belia Negara yang sudah lebih 20 tahun diperkenalkan, tanpa kajian semula (review). Rancangan Malaysia pun dikaji 5 tahun sekali, tetapi dasar belia masih tidak berubah.
Saya pernah menghantar SMS kepada Menteri Belia ketika itu dan jawapan yang saya terima ialah beliau sedang meneliti dasar tersebut. Menteri Belia itu pun sudah bertukar kementerian. Saya tak pasti adakah Menteri Belia yang baru juga sedang meneliti dasar tersebut dan berapa lama lagikah masa yang diperlukan untuk “meneliti.”
Apabila saya mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Belia supaya pembangunan belia bersifat cross-sectoral (merentasi sektor), ada orang marah kepada saya seolah-olah saya mencabar kemampuan Menteri Belia.
Ada juga yang bertanya, berapa banyak suruhanjaya nak ditubuhkan. Saya ingin bertanya, apakah masalahnya kita menubuhkan suruhanjaya? Kalau kita boleh menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang akan menguruskan pengangkutan awam darat (public land transport) yang kini diuruskan oleh pelbagai kementerian dan agensi, apakah susah sangat nak tubuhkan Suruhanjaya Belia?
Maaf cakap, pendekatan kita sekarang sudah lapuk. Struktur Kementerian Belia yang ada sekarang menjadikan isu-isu pembangunan belia sebagai hak ekslusifnya, sedangkan isu-isu pembangunan belia jauh lebih besar daripada apa yang ada di kementerian itu!
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment